Followers

Monday, February 16, 2009

Perjuangan ketuanan Melayu UMNO bohong - Malaysiakini

UMNO sering memainkan isu Ketuanan Melayu. Malah sejak dari dahulu lagi UMNO sering melaungkan isu ini. Kali ini UMNO sekali lagi mempermainkan isu ketuanan Melayu dengan menuduh pihak lain menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Bagi UMNO hanya dia sahaja yang setia kepada Raja-raja Melayu, pihak lain walau tunjuk macam mana setia pun kepada raja-raja Melayu dianggap tidak setia dan tetap menderhaka.

Tetapi apabila kita merenung keadaan orang Melayu dari pelbagai segi, pelbagai keadaan dan di pelbagai kedudukan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengatakan setelah 51 tahun kita memberi peluang UMNO memerintah, UMNO sebenarnya tidak ikhlas dalam menjaga ketuanan Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. UMNO sebenarnya beretorik dan melakukan gimik murahan dalam isu ketuanan Melayu demi survival politik mereka. UMNO hari ini sering berbohong dan memperbodohkan orang-orang Melayu dengan isu ketuanan Melayu demi golongan UMNOPUTRA mereka semata-mata. Inilah UMNO sebenarnya.

UMNO sering mendakwa memperjuangkan dan membela ketuanan Melayu. Setelah 51 tahun merdeka apakah ini benar? Cuba kita renung fakta-fakta di bawah.

1. Tidak usah untuk mencapai sasaran 50% ekuiti Melayu dalam sektor ekonomi, untuk mencapai 30% pun masih gagal. Bayangkan dalam tempoh 51 tahun ini hanya mencapai 19% sahaja seperti yang didedah oleh Rahim Tamby Chik sendiri di akhir tahun lepas, dalam keadaan kek ekonomi terus membesar.
2. Apa yang telah dilakukan oleh UMNO kepada kuasa Raja-raja Melayu di zaman pemerintahan Mahathir dahulu? Melucutkan imuniti raja-raja Melayu dengan menconteng arang ke muka raja-raja Melayu dengan mendedahkan kononnya pelbagai salah laku Raja-raja Melayu ke serata ceruk.
3. Biasiswa kepada Bumiputra yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia telah ditukar tanpa persetujuan orang-orang Melayu menjadi pinjaman.Menjadi begitu ramai anak-anak Melayu dijajah UMNO sendiri parti harapan mereka, dengan hutang besar yang membebankan.
4. Bahasa Melayu telah dilemahkan peranannya dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan melalui Dasar PPSMI. Sebelum itu memansuhkan tulisan Jawi dari jiwa orang Melayu.
5. Begitu ramai orang-orang Melayu dihalau dari kampung-kampung setinggan kerana faktor pembangunan ekonomi, yang dahulunya Tun Razak dan Dato Harun telah memperjuangkan penempatan orang-orang Melayu di bandar-bandar dan kota.
6. Menindas negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh bukan UMNO seperti apa yang berlaku di Kelantan, Trengganu dan baru-baru ini pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Kedah mengenai isu babi. Apa yang UMNO lakukan di Perak konon atas dasar menjaga hak-hak Melayu adalah paling biadap dan memalukan oran Melayu sendiri.
7. Menghalang kerajaan Kelantan sebuah kerajaan Melayu melaksanakan Hudud dan menuduh hudud yang hendak dilaksanakan tu sebagai Hudud PAS. Mana pula hudud UMNO? Jelas memang UMNO tolak hudud.
8. Menjadikan royalti minyak negeri Trengganu sebuah negeri Melayu sebagai wang ihsan. Apabila UMNO perintah semula Trengganu, tukar balik jadi royalti tetapi wang entah ke mana dibazirkan.

9. Simpanan wang tunai 90 peratus orang-orang Melayu di dalam bank hanya dalam lingkungan RM6000 hingga RM10000 sahaja selama 51 tahun UMNO/BN memerintah jika dirujuk penyata ASN/ASB tahun 2008.

10. Anak-anak Melayu yang tamat persekolahan masih begitu ramai yang tidak mempunyai kemahiran survival tahap sederhana dan tinggi untuk berdikari.Lepas sekolah mereka tak tahu hendak buat apa! Inilah produk yang UMNO lahirkan melalui sistem pendidikan canggihnya!!

11. Jatuhnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Yang dahulunya terlepasnya Singapura itu sendiri kepada Lee Kuan Yew.

12. Membaling batu sembunyi tangan dalam kes konflik politik di Perak dengan bersembunyi di sebalik tabir kekebalan istana.

Kalau hendak dikemukakan fakta bahawa UMNO bukan pembela dan penjaga ketuanan Melayu memang terlalu banyak. Maka jika itulah yang dikatakan UMNO pembelaan kepada ketuanan Melayu, baik tak payah. Orang Melayu semakin mundur, semakin ramai miskin negara sendiri semenjak UMNO mendominasi pemerintahan Malaysia. Orang Melayu kini ramai yang bergaya tapi sebenarnya tak ada apa-apa.Yang terus kaya raya ialah golongan dan kaum elit UMNOPUTRA ! Inilah realitinya!

Oleh yang demikian diharap para pemimpin UMNO jangan berbohong lagi mengenai isu ketuanan Melayu. Dan kita tidak seharusnya tertipu berkali-kali dengan apa yang UMNO lakukan kerana UMNO sebenarnya belum insaf-insaf lagi.

2 comments:

P'su said...

siakap senohong gelama ikan duri.. bercakap bohong lama2 umno xde lagi..

P'su said...

siakap senohong gelama ikan duri.. bercakap bohong lama2 umno xde lagi..