Followers

Saturday, February 21, 2009

Perjuangan assobiyyah UMNO semakin melemahkan bangsa Melayu-Malaysiakini

UMNO ada sebuah parti politik yang pada asas berjuang atas dasar kebangsaan Melayu. Di awal penubuhan UMNO memang itulah perjuangan mereka. Namun demikian bermula dengan era Mahathir UMNO yang mendakwa berjuang atas dasar kebangsaan Melayu telah mula merubah dasar perjuangan mereka kepada perjuangan UMNOPUTRA. Sama ada orang Melayu sedar atau tidak, sejak dari zaman itu perjuangan UMNO dengan penuh bernafsu adalah atas kepentingan UMNOPUTRA semata-mata.

Asas dakwaan ini tidak mampu ditolak. Semua kerja-kerja kontra kerajaan jika diberi kepada kontraktur Melayu ianya mestilah dari ahli UMNO. Bantuan baja hanya untuk penyokong UMNO. Bantuan kemiskinan pun begitu juga. Setiap bantuan mesti mendapat tanda tangan Yang Berhurmat UMNO, jika bukan orang UMNO maka malang akan menunggu pemohon berkenaan. Pendek kata perjuangan kebangsaan UMNOPUTRA itu memang sukar disorok.

Walau pun begitu UMNO ini memang sebuah parti yang jelek dan oportunis kerana apabila survivalnya tergugat teruk UMNO akan kembali memainkan irama perjuangan Melayu secara lantang. Konon inilah parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu. Konon UMNOlah parti yang menjamin kedaulatan raja-raja Melayu. Konon UMNOlah parti yang mendaulatkan bahasa Melayu. Itulah UMNO yang memang parti yang tidak tahu malu.

Konon demi kepentingan bangsa Melayu, laman web; www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno sanggup menghasut ke arah memporak perandakan keamanan rakyat berbilang kaum dengan dakwaan yang tidak berasas. Perjuangan kebangsaan anutan UMNO menjadi hodoh dan ganas dan menggerunkan apabila mengancam Speaker DUN Perak dan dengan begitu tidak bertanggungjawab cuba menghasut Paduka Sultan Perak. UMNO sekarang sedang memainkan api perkauman Melayu secara tidak bertanggungjawab. Jika orang Melayu pada waktu ini termakan hasutan UMNO, bangsa Melayu akan semakin lemah dan akan hilang kehebatan dan kedaulatan di tanah air sendiri.

Kerana undang-undang boleh di tafsir dengan berbagai cara oleh mereka yang belajar undang seperti Sivakumar maka apa salahnya Sivakumar ?

Penulis tidak mengatakan Sivakumar betul dan tidak juga mengatakan Sivakumar salah. Tetapi untuk memastikan Sivakumar betul atau salah bukan cara mendesak Paduka Sultan Perak nyahkan Sivakumar. Kaedah ini memalukan seluruh bangsa Melayu ! Apakah UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang UMNO sendiri cipta itu ? Biar mahkamah yang tentukan sama ada tindakan Sivakumar boleh menjadi keputusan undang-undang atau 'nyahkan' Sivakumar.

Bertamadunlah sedikit wahai UMNO. Kamu yang menghuru-harakan keadaan di Perak, maruah bangsa Melayu yang menerima padahnya kini.

Betullah pengangan dan perjuangan pemimpin dan ahli jemaah PAS yang konsisten menolak perjuangan kebangsaan (assobiyyah) kerana kini perjuangan assobiyyah anutan UMNO itu semakin mengkelam-kabut dan melemahkan bangsa Melayu sebenarnya.

Maka itu, wahai manusia khusus bangsa Melayu kembalilah kepada perjuangan Islam yang syumul ! Allahu Akbar !

1 comment:

Anonymous said...

Very well written.

Thank You on behalf of all sensible Malaysians.