Followers

Sunday, February 22, 2009

PAS tolong Ibrahim: Bagaikan melepas anjing tersepit - Malaysiakini

Ibrahim Ali memang ahli politik yang tidak patut ditolong. Sekali beliau 'jatuh' biarkan dia terus jatuh dan 'tersembam' di lembah politik hina yang dia anuti itu. Tatkala hampir tersembam dia akan bermuka manis dan hiba demi belas kasihan orang. Dia akan buat apa sahaja untuk mengemis belas kasihan dari cium tangan hingga ke cium entah apa-apa agaknya , dia akan tergamak! Itulah Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali adalah ahli politik yang opportunis, dominan dengan kegiatan lompat si katak lompat dalam politik sejak awal. Dia seorang yang tidak tahu menghurmati orang yang 'memapahnya' sewaktu dia hampir 'lumpuh'. Dia sentiasa merasakan dia cukup sempurna di persada politik sedangkan nyawa politiknya sebenarnya adalah atas ihsan orang lain bukan kekuatan pengaruh peribadi seperti yang dimiliki oleh Anwar ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Ibrahim Ali ini sebenarnya mempunyai banyak 'muka' dan muka yang paling seiras dengannya bukan muka Cina, bukan muka India, juga bukan muka Melayu tetapi ialah muka tak tahu malu!

Hari ini Ibrahim Ali yang bermuka tidak tahu malu ini mengaku telah banyak menolong PAS. Entah ya entah tidak.....dan bilalah agaknya itu ! Macam seolah-olah PAS bertahan di Kelantan selama ini adalah dengan bantuan dia. Dasar tidak sedar diri!

PAS bukan parti yang tidak memerlukan kiritikan dan nasihat, tetapi memang betul, PAS tidak memerlukan nasihat dari orang seperti Ibrahim Ali. Pasti PAS tidak akan memapahnya lagi di atas persada pilihanraya ke 13 nanti selagi ia membabitkan Ibrahim Ali yang ini, namun tidak tahulah kalau 'Ibrahim Ali' yang lain .

DanPAS sudah mulai sedar kini bahawa menolong Ibrahim Ali dalam pilihanraya ke 12 lalu adalah bagaikan melepaskan 'anjing' tersepit!

5 comments:

Anonymous said...

He is stupid and no wisdom. Ask him to resign and seek for new election, if he think of changing party.

Anonymous said...

memang dia ni tak oleh ditolong, dia bukan wakil rayat yang betul, dulu dia pernah mangatakan bahawa 'dia cuma perlu dengar cakap mahtir jer kerana mahtir bos nye'.. jadi rayat yang pilih dia tu ape?.....sekarang mahtir dah rebah, dia cuba lah nak berbaik dengan PAS, namun kerana dia takut nak terima Islam keseluruhan nya (termasuk hudud) maka dia kata dia berkecuali.. Islam ape ni?

raja-katak said...

kalau dia bermaruah setelah dikritik, eloknya letak jawatan. buktikan 'kehebatannya' dgn bertanding sekali lagi atas tiket parti cap katak vs bn vs pas.

kalau dia menang, mungkin baru sorak kata dia hebat. tapi tak tau le siapa nak tolong dia sepanjang kempen, mungkin ada banyak berudu2 yg dah lama dilatih untuk mewarisi 'kehebatannya'.

Anonymous said...

lucu betul lah...

ibrahim katak pakai lambang katak melompat.

dia pun malu nak suruh orang undi parti dia. macam mana lah dia nak cakap,,,mungkin macam ni.." hadirin sekalian undi lah saya, pangkah pada lambang katak melompat"
hahahaha...bodoh betul

my42u said...

brahim raja katak ni sepatutnya dulu lagi kita "KILL" dia dari dunia politik dia yang tak beretika. aku rasa umno/bn pun tau dan tak sudi bantu dia pasal dah lama tau brahim ni jenis anjing yang akan gigit balik orang yang tolong dia.aku harap jangan ada spesis jenis ni dalam pakatan rakyat.