Followers

Saturday, February 21, 2009

Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada yang 'bising' -Malaysiakini

Apabila kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menukar Proton Perdana kepada kereta Toyota Camry kecoh seluruh negara. Semua pengampu kerajaan UMNO memberi pelbagai ulasan memperlihatkan betapa berintegritinya kerajaan UMNO/BN, betapa tidak membazirnya kerajaan UMNO/BN dan betapa cermatnya kerajaan UMNO/BN !!

Tetapi apa yang berlaku di Sabah seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily berhubung tindakan kerajaan UMNO/BN di Sabah menukar kenderaan rasmi Proton Perdana kepada Volvo 2.5cc, tiada akhbar dan media pengampu UMNO/BN melaporkannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily seorang pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Inilah rupa kerajaan UMNO/BN kalau Pakatan Rakyat yang melakukannya walaupun terbukti menjimatkan kos, berintegriti dan tidak membazir tetap mereka anggap salah dan akan terus memanggil sayap 'kiri-kanannya' SPRM yang akan bersegera membuat sidang akhbar dan mengeluarkan hukuman bersalah seperti apa yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Di Perak dulu Zahid Hamidi mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat pada waktu itu sebagai tidak patriotik.

Memang patutlah seluruh rakyat terutama rakyat berbangsa Melayu semakin jelek dan benci dengan UMNO. Walaupun begitu UMNO masih belum sedar-sedar dan menganggap 'tubuh badannya' yang kian membusung itu terus mewangi sedangkan ia kian membusuk.

No comments: