Followers

Tuesday, February 17, 2009

Integriti moral Eli dipuji - Malaysiakini

Pada ketika ini isu hangat yang diheboh diperkatakan ialah penyebaran rakaman video dan gambar dalam keadaan tanpa pakaian menerusi internet dan khidmat pesanan ringkas EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Elizabeth Wong.

Menurut Eli, apa yang berlaku itu adalah merupakan pencerobohan hak peribadi dan serangan jahat yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuh dan memalukan dirinya.

Memang dalam politik di negara-negara maju skandal seks atau apa-apa isu yang membabitkan persoalan tidak bermoral menjadi senjata utama untuk memusnahkan kredibiliti dan karier politik seseorang. Mana-mana politikus yang terpalit isu ini akan merasakan dirinya wajar meletak jawatan. Ini menjadi amalan biasa di mana-mana kecuali bagi ahli-ahli politik UMNO/BN yang tidak mempunyai integriti moral.

Jika Eli menawarkan diri untuk melepaskan jawatan EXCO dan meletakkan jawatan selaku ADUN Bukit Lanjan ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Perkara yang Eli lakukan dalam kehidupan peribadinya itu adalah hal lain. Tetapi apabila ianya terdedah kepada umum, Eli nampaknya berpegang kepada prinsip moral. Ini adalah satu keberanian dan ini sebenarnya tidak akan merugikan Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat akan lebih dihurmati kerana para pemimpinnya mempunyai integriti diri yang cukup terpuji.

Khir Toyo mendesak agar Eli meletak jawatan. Apakah Khir Toyo yakin dengan perletakan jawatan Eli itu akan memberi peluang kepada UMNO/BN untuk menguasai semula DUN Bukit Lanjan ? Khir Toyo mungkin silap perkiraan politik. Rakyat tahu menilai apa yang berlaku dan siapakah pemimpin mereka mempunyai sikap bertanggungjawab, mempunyai ntegriti moral dan berprinsip berbanding Khir Toyo dan para pemimpin UMNO Selangor sendiri. Rakyat Selangor tidak lupa semasa Khir Toyo menjadi MB ada dua orang Ahli Parlimen UMNO dan seorang Senator yang berkelakuan tidak bermoral yang wajar didesak oleh Khir Toyo agar meletak jawatan. Tetapi pada waktu itu Khir Toyo hanya diam membisu.

Dalam kes Eli ini, jika benar berlaku Eli melepaskan jawatan ADUN maka sikap beliau dianggap berprinsip dan berintegriti walaupun beliau mungkin teraniaya seperti Nasha Aziz dan sikap sebenarnya amat terpuji.

Masalahnya apakah sikap berprinsip Eli itu akan dilakukan oleh ahli politik UMNO/BN jika menghadapi masalah yang sama seperti Eli. Sudah banyak terjadi tiada seorangpun ahli politik UMNO/BN yang meletakkan jawatan untuk diadakan pilihanraya kecil. Kita pernah didedahkan dalam mahkamah ada pemimpin UMNO yang 'dating' di luar negara dengan perempuan luar negara. Pemimpin ini tidak pun meletak jawatan! Chua Soi Lek dulu hanya letak jawatan menteri tidak berani atau tidak ada prinsip untuk meletak jawatan Ahli Parlimen.

Ini menunjukkan dengan jelas ahli-ahli politik tulin Pakatan Rakyat lebih berintegriti dan berprinsip dalam tindak tanduk mereka berbanding ahli-ahli politik UMNO/BN yang bersikap opportunis sepanjang masa.

No comments: