Followers

Sunday, January 18, 2009

UMNO tidak akan berubah

Dato Seri Najib berkata kemenangan calon PAS dengan mendapat majoriti yang lebih besar dengan isu-isu tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional. Apakah pandangan Dato Najib ini adalah pandangan untuk menyedapkan hati sahaja ?

Tidakkah apa yang berlaku ini merupakan 'tsunami' politik yang berentetan dari permulaan tsunami politik pada pilihanraya umum yang lalu sehingga lima buah negeri jatuh ke tangan pembangkang dan menguasai sebahagian besar kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan?

Selepas pilihan raya umum yang lalu, BN seterusnya terlentang di Permatang Pauh. Dan semalam sekali lagi BN terbungkam di Kuala Trengganu. Apakah Dato Najib masih sanggup dan yakin untuk menghadapi satu lagi pilihan raya kecil jika ada apa-apa yang berlaku kepada ahli-ahli parlimen BN selepas ini ? Dapat dirasai, dalam keadaan tertekan ini, UMNO/BN benar-benar berharap semoga tiada lagi pilihan raya kecil dalam masa setahun dua ini untuk mereka mengumpul tenaga dan menstabilkan kembali momentum mereka bagi menghadapi tsunami di Sarawak pula .

Dari ulasan Dato Najib kelmarin yang mengatakan pilihan raya kecil Kuala Trengganu tidak memberi impak yang besar kepada peringkat nasional khususnya kapada UMNO dan BN, maka dapatlah dijangkakan, harapan penyokong UMNO/BN untuk melihat perubahan drastik UMNO/BN tidak akan berlaku. Walaupun kepimpinan UMNO dijangka akan berubah, parti UMNO diramalkan tiadak akan membuatperubahan napa-apa. UMNO akan tetap seperti mana ianya sekarang. Malah mungkin di bawah kepimpinan baru nanti UMNO, akan letih teruk dari apa yang berlaku hari ini.

No comments: