Followers

Wednesday, January 28, 2009

UMNO Perak sedang tenat ? Malaysiakini

Dato Seri Tajol Rosli berkata UMNO Perak tidak terjejas dengan kemasukan ADUN Bota ke dalam PKR. Tetapi pada waktu yang sama UMNO Perak melalui Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Dato Ramly Zahari telah beria-ria memujuk Dato Nasruddin ADUN Bota agar kembali ke dalam UMNO. Apa makna semua ini ?

Begitu gembiranya UMNO apabila wakil mereka iaitu orang-orang yang dikatakan rapat dengan Dato Nasruddin berjaya menghubungi ADUN tersebut. Agaknya 'jampi' apa yang akan digunakan untuk 'reverse'kan ADUN Bota ke dalam UMNO ?

Setakat ini kenyataan para pemimpin UMNO menggambarkan kemasukan ADUN Bota ke dalam PKR kerana ada masalah sendiri. Hebat PKR kerana orang UMNO atau ADUN UMNO yang ada masalah sendiri akan tinggalkan UMNO masuk PKR. PKR tanpa disedari diiktiraf oleh para pemimpin UMNO sebagai penyelesai masalah yang UMNO tidak mampu selesaikan. Banyak benar masalah Dato Nasruddin duduk dalam UMNO ?

Sepanjang yang diketahui UMNO selama ini adalah sebuah parti yang penuh dengan keegoan. Kemasukan Kapten Zahar ke dalam PAS tiada seorangpun yang pujuk kembali kerana UMNO tidak sedikitpun berasa terancam. Ibrahim Ali yang begitu penting bagi UMNO itupun sanggup dibuangnya. Begitu juga dengan Zaid Ibrahim. Itulah UMNO, ia tidak akan kisah apa yang berlaku jika sekiranya perkara yang berlaku itu tidak mengancam survival para pemimpin UMNO.

Tetapi dalam isu kemasukan ADUN Bota, adalah hipokrit jika Dato Seri Tajol mengatakan UMNO tidak terjejas. Silap-silap hari bulan seluruh cawangan UMNO di DUN Bota akan bertukar menjadi cawangan PKR atau PAS. Mungkin juga ADUN-ADUN UMNO Perak yang lain sedang mencari waktu yang sesuai untuk mengumumkan sesuatu. Nampaknya ADUN-ADUN UMNO Perak sekarang sedang bermain catur sesama mereka ! Apakah semua itu tidak menunjukkan UMNO Perak sedang tenat ?

1 comment:

mazlanyasin said...

Saya fikir bukan UMNO Perak sahaja tenat, keseluruhan UMNO ,dimana saja sedang tenat.
Memang Parti yang bertunjangkan Bangsa Tidak akan bertahan.
Parti yang berasaskan bangsa tidak mampu menjadi penyelsai kepada permasalahan Ummah.
Hanya Islam saja sumber penyelesain masalah ummah dan menjanjikan rahmat kepada sekalian alam.