Followers

Friday, January 30, 2009

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Perdana Menteri Malaysia menjelang Mac nanti ? - Malaysiakini

Parti UMNO semakin hari semakin bercelaru. Pelbagai pandangan yang di keluarkan saban hari bagai tikus membaiki labu. Makin banyak cadangan dan pandangan makin rosak dan semakin buruk imej UMNO. Suasana panik benar-benar menguasai pelbagai peringkat UMNO pada waktu ini. Apa yang jelas UMNO kini sudah tidak berada di atas landasan perjuangan sebenar parti itu. Perjuangan memartabatkan bangsa Melayu kian jauh panggang dari api. Perjuangan menjamin kesucian Islam bukanlah dari jenis parti politik seperti UMNO. Maknanya, berterusan menyokong UMNO akan berterusanlah bencana menimpa tamadun Melayu dan kesucian Islam di negara tercinta ini.
Oleh yang demikian, pandangan dan gesaan YB Zulkifli Nordin dalam blognya agar semua ahli Parlimen UMNO yang mencintai Melayu dan menjunjung kesucian Islam masuk PAS dengan segera bagi membolehkan PAS bersama Keadilan membentuk Kerajaan Persekutuan, harus diambil kira secara serius dan ikhlas.
Apabila kemasukan beramai-ramai ahli Parlimen UMNO ke dalam PAS, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat. Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).

Kata YB Zulkifli lagi ”Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa."

”Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini,” katanya lagi.
Apa lagi yang ditunggu oleh ahli-ahli Parlimen UMNO. Mengapa harus tumbang bersama UMNO yang kian hilang kerelevanannya dalam arus politik negara kini? Golongan yang mencintai Islam sejak dulu lagi melihat UMNO tidak relevan. Golongan reformasi sejak awal-awal kejatuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tolak UMNO. Golongan muda telah membuktikan yang mereka menolak UMNO dalam PRK Kuala Trengganu. Golongan cendikiawan bahasa memberi amaran jika demontrasi anti PPSMI esok gagal mengubah pendirian kerajaan terhadap PPSMI, tindakan politik akan mereka lakukan. Semua golongan rakyat kian mula menolak UMNO !
Sekarang golongan ahli-ahli Parlimen UMNO. Bila lagi YB-YB akan bertindak demi bangsa Melayu dan kesucian Islam ? Dato Nasharudin ADUN Bota telah menunjuk jalan !
Apakah tidak layak untuk kita berPerdana Menterikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Mac nanti, demi kepentingan umat Melayu dan kesucian Islam yang menjamin hak seluruh bangsa di atas muka bumi ini ?

No comments: