Followers

Wednesday, January 21, 2009

Tan Sri ! Betul Tan Sri UMNO dah tak menarik lagi ! Dah hilang faktor 'penarik' !

Betul juga apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiidin Yassin Naib Presiden UMNO yang akan bertanding Timbalan Presiden UMNO Mac nanti bahawa parti itu telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang kompenen BN itu. Bagi saya analisisnya tepat.

Bukti terbaru kehilangan faktor 'penarik', yang sebelum ini telah terlalu banyak hilang,berlaku lagi dalam tempuh terdekat ini iaitu apabila Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegah ketua jabatan dan egensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak berkuatkuasa serta merta.

Inilah dia para pemimpin UMNO, Naib Presidennya suruh wujudkan faktor penarik, Dato Zahid hilangkan faktor penarik. Kalau beginilah caranya, patutlah UMNO bukan sahaja tidak disukai oleh orang atas pagar malah ahli-ahli UMNO sendiripun agaknya menyampah dengan UMNO yang sudah tidak menarik lagi tu!

Dulu antara orang yang menghilang antara faktor penarik terhadap UMNO ialah Ali Rustam apabila dia melarang kakitangan kerajaan Melaka melawat Kelantan tapi akhirnya, sedar juga Ali Rustam apabila dia hendak bertanding Timbalan Presiden , dia perlu melawat Kelantan untuk berjumpa dengan ahli-ahli UMNO di sana, akhirnya arahan itu ditarik balik. Ditarik balik untuk membolehkan dia melawat dan berkempen di Kelantan agaknyalah !

Rasanya, Zahid Hamidi akan kalah dalam pertandingan Naib Presiden nanti sebab dia adalah antara pemimpin UMNO yang sedang menghilangkan daya penarik UMNO. Tengoklah nanti makin ramai orang Perak semakin meluat dan menyampah dengan UMNO !

2 comments:

berbulu mata said...

respect lah sikit kepada pemimpin pilihan rakyat...janganlah rendahkan suara rakyat, sebab suara rakyat suara keramat. apalah...dah tak ada kerja ke..perak banjir..tanyalah MB, ni tanya adun UMNO, belanjawan kelantan ..mintalah ulasan MB ni tanya Adun UMNO.. begitu juga di PP. Tv ajar rakyat supaya tak respect pilihan rakyat, kalah kat Pematang Pauh, kalah kat KT masih nak teruskan budaya sombong. Pada aku..tindakan zahid tu betul..teruskan lagi..biar terserlah betul betul kesombongan dan bongkaknya tu..PRU 13 esok, taulah nanti hasilnya.

rida said...

Pak Sako orangnya tabah
otaknya geliga memang terserlah
kenapa UMNO orang menyampah
kerana leadernya kaki rasuah

Bato Bahaman pergi ke Penarik
cuacanya panas amatlah perit
kenapa Tan Sri kata tak menarik
kerna pemimpinnya otaknya pembelit