Followers

Wednesday, January 21, 2009

Semakin hendak dijenamakan, semakin kelam UMNO kelihatannya

Dua tiga hari ini, semenjak tertewasnya UMNO di Kuala Trengganu kepada calon PAS dari Pakatan Rakyat, pelbagai pihak dari Dato Najib hingga kepada kalangan prof-prof tertentu riuh rendah memberi pendapat dan pandangan agar UMNO dijenamakan semula. Sayang benar mereka kepada UMNO yang kian reput dan rapuh itu. Tidak salah mereka memberi pandangan dan berusaha menggesa agar UMNO dijenamakan atau diapasahajakan untuk kesinambungan perjuangan UMNO. Buatlah kerana itu parti mereka atau memang mereka berminat kepada UMNO.

Malangnya semua pandangan yang diberi sama ada oleh Dato Najib, Tan Sri Mahyuddin Yassin mahupun dari kalangan Prof-prof tertentu seperti Prof Ahmad Atory kelihatannya tidak mampu untuk menjadikan UMNO menghindari jalan keruntuhan.

Dato Najib memberi idea yang begitu simple iaitu UMNO mestilah mesra rakyat. Kita ingin bertanya, apakah selama ini UMNO tidak mesra rakyat ? Parti lain terutama PAS tidak ada peluang langsung untuk mendekati rakyat. PAS sentiasa disekat dari mendekati rakyat. UMNO sibuk mengendalikan majlis bersama rakyat di sana- sini. Dalam keadaan mendekati rakyat sebegitu rupapun, termasuk ada sumbangan duit lagi, UMNO terus ditimpa kekalahan dalam pilihanraya.

Dato Najib juga mengatakan "Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja."

Nak tergelak mendengar gesaan Dato Najib itu. Macam mana nilai-nilai baik dan positif yang dimaksudkan oleh Dato Najib Itu ? Okaylah tak kira, nilai-nilai baik dan positif atas dasar dan prinsip apapun, tak kisahlah, asalkan nilai-nilai baik dan positif sungguh. Soalnya nilai-nilai baik dan positif ini bukan hanya perlu ada, malah lebih awal lagi perlu dilihat ada dan dilihat dimiliki! Tepuk dada tanya akal, di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, secara jujurnya siapakah agaknya yang ada nilai-nilai baik dan postif dan dilihat ada nilai-nilai baik dan positif itu !!

Nampaknya begitu mudah menyebut untuk menjenamakan semula UMNO tetapi begitu kusut sekali untuk merealitikannya. Dengan permasyhuran Dato Najib sebagai Presiden UMNO pada Mac nanti proses penjenamaan UMNO kelihatan semakin kusut dan kelam. Ini adalah kerana penjenamaan semula UMNO memerlukan perubahan prinsip perjuangan yang islamik, berintegriti, berakhlak dan bermoral agar UMNO tidak menjadi sebuah parti yang tersasar dengan aliran pragmatisme-kapitalisme-sekularismenya. Para pemimpin pelbagai peringkatnya bersih dari sebarang bentuk rasuah, dan peribadi yang terhindar dari sebarang jenis skandal.

Apakah itu semua mungkin dengan rupa paras dan pendokong-pendokong UMNO yang ada pada hari ini ?

No comments: