Followers

Friday, January 09, 2009

PPSMI: K'jaan tidak tunduk ugutan Gapena-Malaysiakini

PPSMI: K'jaan tidak tunduk ugutan Gapena Jan 8, 09 9:24pm

Kementerian Pelajaran tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan berhubung pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata menterinya.

"Apa yang perlu gopoh sangat, kerana apa jua keputusan mengenai perkara itu kalau dibuat sekarang pun pelaksanaannya akan dibuat tahun depan juga," Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dipetik berkata hari ini.

Mengulas mengenai desakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) untuk mengambil tindakan saman terhadap kementerian dan "mengusung keranda" membantah PPSMI, beliau berkata:

"Kalau nak buat apa jua tindakan teruskanlah, tetapi pihak kementerian tetap berpegang dengan agenda bahawa keputusan adalah bergantung kepada pandangan semua pihak bukan hanya pandangan kumpulan tertentu sahaja."

Menurut Bernama, Hishammuddin berkata kementeriannya setakat ini sudah meneliti 22 kertas kajian mengenai dasar tersebut - diperkenalkan sejak 2004 - yang kini sudah berada di peringkat akhir.

"Keputusan kajian ini akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.

Selain ugutan Gapena, sekumpulan aktivis bahasa Melayu turut mengancam menganjurkan demonstrasi besar-besaran - dijangka Mac depan - bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu.

1 comment:

Anonymous said...

macamana kerajaan susah nak menghapuskan PPSMI kalau kroni2 mereka blm cukup kaya dgn projek pembekalan alatan pengajaran dan pembelajaran blm selesai. Klu dah selesai nanti barulah blh dimansuhkan. Masa tu barulah depa ni nampak projek tu projek gajah putih hadari.