Followers

Monday, January 05, 2009

Pembangunan untuk rakyat lebih lebat jika......

Pembangkang kata projek-projek yang diturunkan mencurah-curah di Kuala Trengganu sekarang adalah 'gula-gula' pilihanraya. Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin membidas pembangkang yang mendakwa begitu. Tanyanya apakah pambangkan tidak bersetuju, kerajaan membantu rakyat dan pembangunan ? Begitulah lebih kurang kata Muhyiddin.

Persoalannya sekarang ialah kenapa di saat-saat pilihanraya kecil ini projek yang turun begitu mencurah-curah ? Inilah yang pembangkang maksudkan. Bukan pembangkang tidak bersetuju dengan pembangunan untuk rakyat. Dalam begitu banyak daerah dalam Semenanjung, kenapa di Kuala Trengganu projeknya mencurah-curah ? Mencurah-mencurah pada waktu terdekat ini. Seolah-olah tidak ada apa pojek yang tidak dilakukan sama ada berskala besar mahupun berskala kecil.

Sangat dikhuatir ialah kualiti projek-projek segera ini. Apakah jika kualiti yang rendah akhirnya nanti akan membazir wang rakyat juga ?

Bagi rakyat setiap projek pembangunan yang memudahkan kehidupan mereka sudah tentu sangat mereka sukai terutama di kawasan-kawasan yang begitu sunyi dengan projek-projek kerajaan. Mungkin telah bertahun-tahun mereka mengidam atau perjuangkan dan selama itu juga pihak kerajaan yang memerintah pada waktu ini buat tak tahu sahaja. Namun apabila ada wakil rakat meninggal dunia, kawasan mereka akan mula kelihatan dengan pembangunan dan kampung mereka akan mula dapat projek.

Apakah projek dan pembangunan untuk rakyat akan lebih mencurah-curah apabila ada wakil rakyat menginggal dunia ? Jika begitulah pendidikannya, sudah pasti rakyat akan menunggu-nunggu, bilakah wakil rakyat tempat aku akan meninggal dunia ?

1 comment:

rida said...

begitulah minda pemimpin BEE END mendidik masyarakat malaysia menjadi rakyat yang mempunyai minda kelas pertama. Setiap hari rakyat malaysia akan mendoakan kematian wakil rakyat mereka utk mendapatkan durian runtuh.