Followers

Sunday, January 25, 2009

Padankah GERAK dengan kisah lembu sahaja ?

Dalam kes agihan lembu korban di Selangor nampaknya GERAK melalui Pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus begitu pantas bertindak dengan membuat laporan kepada SPRM. Usaha GERAK memang seharusnya dipuji selagi ianya mempunyai tujuan yang ikhlas untuk membenteras rasuah di negara ini. Adalah diharapkan dengan sikap pro-aktif GERAK ini akan membantu membenteras salah laku rasuah.

Isunya ialah GERAK kelihatannya begitu pantas bertindak jika ianya mempunyai peluang terhadap kerajaan yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya GERAK bertindak tanpa teragak-agak sehingga sanggup menghantar rayuan kepada Baginda Sultan Selangor agar merehatkan MB Selangor dari tugasnya seketika.

Adalah agak pelik juga dalam kes rasuah politik dalam kempen-kempen pemilihan UMNO, GERAK tidak sepantas itu sedangkan misi utama penubuhannya adalah anti rasuah. Belum ada lagi ulasan dan lapran GERAK terhadap penyelewengan wang dalam pilihanraya kecil Parlimen KUala Trengganu baru -baru ini yang diriuhkan oleh semua orang. Mustahil GERAK yang anti rasuah tidak kisah apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut. Bilakah agaknya GERAK akan turut sama menghantar laporan penyalahguaan wang kepada SPRM di Kuala Trengganu itu atau bagi GERAK biarlah pihak lain sahaja yang buat laporan.

Kenapa mesti begitu ? Apakah masih ada hati-hati orang tertentu yang perlu dijaga atau GERAK sebenarnya masih dihantui oleh Ezam yang hanya nampak sebelah pihak sahaja ?

Adalah diharapkan juga GERAK membuat rombongan ke BPR untuk menyemak sejauhmana tindakan BPR terhadap laporan Lutfi Othman mengenai kes-kes salah laku dan penyelewengan Dr Khir Toyo sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Dan sudah pasti menjadi harapan seluruh rakyat agar GERAK membawa semula kes-kes laporan Lutfi mengenai Khir Toyo itu kepada SPRM untuk diambil tindakan jika BPR masih memendamkannya.

Jika GERAK hanya bersibuk dengan kes lembu sahaja maka GERAK adalah sebuah NGO yang tidak akan ke mana dalam perjuangan anti rasuahnya melainkan hanya mungkin akan menjadi balaci pihak-pihak tertentu sahaja. Alahai...... GERAK !!

1 comment:

Anonymous said...

Rasa-rasanya GERAK sudah menjadi lembu kot sebab sudah ditarik hidung macam lembu jugak.