Followers

Monday, January 26, 2009

Kian tidak relevan dan perlu dibubarkan !?- Malaysiakini

Kemasukan Wakil Rakyat UMNO ADUN Bota Perak ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) salah sebuah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat membuktikan UMNO dan Barisan Nasional semakin tidak relevan. Permainan dan retorik politik UMNO dan BN semakin tidak sesuai lagi dengan tuntutan kehidupan rakyat kini. Rakyat sudah mula bosan dan menyampah dengan gaya berpolitik yang bersifat elitis, tidak bermoral dan tidak berintegriti.

Gaya politik apakah ini apabila seorang menteri kerajaan pusat dengan pendek akalnya mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan pusat agar tidak menghadiri mesyuarat atau perjumpaan dengan kerajaan negeri Perak? Akhirnya ADUN dari negeri menteri itu sendiri rimas dengan apa yang berlaku dalam UMNO lantas cabut lari dari UMNO yang sudah hilang idealisme perjuangan itu.

Gaya politik apakah ini apabila peruntukan untuk kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sering dipermasalahkan dan dilewatkan ?

Gaya politik apakah ini apabila dalam pilihan raya UMNO/BN boleh mengguna seluruh harta kerajaan sebagai alat dan media kempen sedangkan dari mulut busuk mereka sendiri berbuih menyebut soal moral, integriti, benteras rasuah dan keadilan ?

Gaya politik apakah ini apabila turun ke kampung mendakwa sebagai parti pembela umat Melayu sedangkan sesama mereka sendiri berebut menjual harta dan tanah-tanah umat Melayu?

Gaya politik apakah ini apabila bercakap, UMNO mesti ikhlas, mesra rakyat, tidak elitis tetapi apabila turun ke kampung-kampung, menunjuk-nunjuk kereta-kereta mewah jenis terbaru seperti Jaguar, BMW, Mercedez, SUV dan sebagainya? Di keliling pula hingga sukar didekati rakyat marhain oleh barua yang juga berkereta mewah . Rakyat terus tersekat oleh muncikari di sekeliling, terpinggir dan tersingkir, diperbodohkan selepas mendengar ucapan yang penuh kepalsuan dan penipuan. Itulah saban waktu jika ada pemimpin UMNO turun ke kampung-kampung. Janji-janji dari Pilihanraya ke 10 dahulu masih berlonggok belum ditunaikan.

Benar dan percayalah.... UMNO sudah tidak relevan. UMNO bukan memerlukan perubahan drastik tetapi UMNO hanya perlu dibubarkan !! UMNO perlu dibubarkan kerana Dato Seri Syed Hamid Albar mengatakan UMNO akhirnya nanti akan di'hukum mati' oleh rakyat ?.

Semoga seluruh ahli UMNO mencontohi Kapten Zahar dan Dato Nasarudin, tinggalkanlah UMNO dan pilih antara PAS atau PKR. PAS for all !

No comments: