Followers

Tuesday, January 20, 2009

Khairy Pertahan Kroni

Tindakan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempertahankan Calon Barisan Nasional Wan Farid Wan Salleh mengesahkan lagi tanggapan umum selama ini bahawa Calon BN yang kalah itu adalah ’kroni’ beliau.

Khairy berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan disebabkan faktor calon semata-mata.

Dengan kenyataan, beban kekalahan harus ’di pikul dan dan dijinjing’ bersama oleh UMNO dan BN, Khairy dilihat cuba menyelamatakan ’karier politik’ Wan Farid yang dijangka berkubur selepas tewas pada cubaan pertamanya untuk bertanding dalam pilihanraya.

"Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu,”katanya

Dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, difahamkan sumbangan Khairy adalah terlalu sedikit dan beliau dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan serta tidak dibenarkan menyampaikan ceramah.

Difahamkan, larangan tersebut dikeluarkan oleh UMNO dan BN kerana bimbang sebarang kenyataan Khairy akan menambahkan kerumitan UMNO dan BN dalam mengahadapi pilihanraya kecil tersebut.

Nama Khairy begitu tenggelam pada pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dan tidak menjadi ’hero’ sebagaimana dimasa yang lalu.

Khairy juga gagal menyelesaikan masalah dan tidak menjadi pergantungan pemuda UMNO. Misalnya dalam kes pembinaan ’titi’ atas sebuah parit dihadapan pusat mengundi Sekolah Menengah Cendering yang menjadi kontroversi dan hampir mencetuskan pergaduhan pada malam menjelang hari membuang undi.

Wan Farid difahamkan menjadi kroni Khairy dalam menghabiskan jutaan ringgit wang royalti Terengganu yang disalurkan atas nama dana khas kerajaan persekutuan bagi menganjurkan kejohan perahu layar Monsoon Cup, pembangunan Pulau Duyong dan pembinaan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi, sementara calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Sumber Buletin Online

No comments: