Followers

Tuesday, January 27, 2009

Gencata senjata telah tamat - Malaysiakini

Gencatan senjata telah tamat. 'Pertempuran' baru akan bermula bila-bila masa. Malah ada yang telah melancarkan perang psikologi ataupun perang saraf secara senyap-senyap. Yang berusaha mencari publisiti atau menonjolkan diri juga telah mula kelihatan.

'Pertempuran' dan pertembungan memang tidak dapat dielakkan. Pemimpin pertama telah berkata, biarkan mereka dulu, perubahan drastik hanya akan berlaku selepas bulan Mac. Justru kesempatan yang ada, yang sangat singkat ini (?) perlu digunakan sebaik mungkin. Cumanya pertembungan kali ini tidak semudah dan selancar biasa kerana bukan Lembaga Tatatertib yang tidak bertenaga itu yang memerhati tetapi SPRM yang sedang melilau biji mata. Atau SPRM melilau kepada yang tertentu sahaja, yang umum tidak kenal dianya siapa.

Pertembungan bermula dengan mengutuk Dato Nasruddin ADUN Bota. Mencabar agak kosongkan kerusi untuk diadakan pilihan raya. Ada yang riuh rendah sampai ekor bergelumang tahi dengan kisah lembu korban. Ada juga yang awal-awal sekat pegawai pusat menghadiri mesyuarat kerajaan negeri. Ada yang sudah memasukkan '40 ahli PAS' yang entah ya entah tidak ke dalam parti. Habislah ahli PAS Melake!! Ada yang awal-awal bergaduh dengan memberi ingatan panas kepada Timbalan Menteri T Murugiah dan Devamany. Yang pasti Rafidah dan Shahrizat belum berbunyi lagi mungkin sedang mengatur strategi atau tergamam dengan apa yang berlaku di Kuala Trengganu tempoh hari.

Walau apapun 'gencatan senjata' telah tamat sebaik selepas pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Sudah pasti kali ini 'pertembungan' akan semakin hebat dan getir. Namun apa yang bimbangi, apakah SPRM akan 'disamatarafkan' dengan Lembaga Tatatertib Tengku Ahmad Reethaudeen oleh puak-puak ini ? Kita perhatikan nanti !

1 comment:

Anonymous said...

begitulah UMNO yang memang parti dah nak 'EXPIRED'.Saya cadangkan garamlada layari laman blog GAP. Kuat diorang kutuk Anwar dan pemimpin2 pas.