Followers

Sunday, January 25, 2009

'Cedera' UMNO kian perit dan pedih ?

Tan Sri Muhyiddin Yasin menggesa UMNO melakukan perubahan drastik jika mahu terus diterima rakyat. Datuk Sri Abdullah Badawi menjawab bahawa perubahan drastik akan berlaku selepas Perhimpinan Agung UMNO Mac depan. Sebelum bulan Mac, Pak Lah mahu membiarkan dulu pemimpin-pemimpin UMNO berlawan sesama sendiri untuk merebut jawatan-jawatan dalam UMNO.

Muhyiddin yang mungkin resah melihat kemasukan 'drastik' Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar ke dalam PAS dan melihat perubahan drastik yang dilakukan oleh rakyat di Kuala Trengganu 17 Januari yang lalu, menggesa perubahan drastik disegerakan. Pak Lah yang tidak berada di Kuala Trengganu di saat-saat akhir pilihanraya kerana lawatan ke luar negara tidak tahu apa yang berlaku di KT dan seorang PM yang jenis relek, berpendapat perubahan drastik tak perlu disegerakan. Semua adegan untuk perubahan drastik ini ditonton oleh seluruh ahli-ahli UMNO.

Akhirnya perubahan drastik yang agaknya digesa oleh Tan Sri Muhyiddin berlaku lagi hari ini. Dato' Nasarudin Hashim wakil rakyat UMNO ADUN Bota Perak dengan drastiknya meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mendengar berita ini Muhyiddin agaknya mengeleng-ngeleng kepala sambil melihat Pak Lah yang terus mengantuk dengan mata yang kian kuyu. Dato Najib mungkin sedang memicit-micit dahi kerana UMNO yang bakal dipimpinnya, terus-terusan mengalami kecederaan yang perit dan semakin memedihkan dan mungkin menerima lagi berita perubahan-perubahan drastik yang bakal berlaku besoknya.

Tahniah Dato' Nasarudin di atas perubahan drastik itu !

No comments: