Followers

Friday, January 30, 2009

Cadangan Tengku Ahmad Ritahudeen logik - Malaysiakini

Begitu banyak respon terhadap cadangan dan pandangan yang diberikan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen agar sayap-sayap UMNO dibubarkan. Setakat hari ini semuanya tidak bersetuju kecuali beberapa orang golongan veteran. Ada yang marah-marah, ada yang terkejut dan ada juga yang berkecil hati. Begitulah UMNO dan para pemimpinnya, apabila menyetuh kepentingan batang hidung sendiri akan lahir suara-suara menentang. Jika begitu cara berfikir para pemimpin UMNO maka isu politik wang dalam UMNO tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila. Mereka hanya sibuk bercakap sahaja.
Jika mereka kaji secara rasional, cadangan Tengku Ahmad Rithaudeen seorang veteran UMNO yang banyak pengalaman adalah logik. Untuk menghapuskan politik wang dalam UMNO, UMNO mesti mengurangkan pertandingan merebut jawatan. Mesti !
Seolah-olah budaya UMNO kini, apabila ada pertandingan maka akan adalah politik wang. Dengan membubar sayap Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Putera UMNO dan Puteri UMNO maka begitu banyak pertandingan dapat dihapuskan. Apakah ini tidak logik dalam membenteras politik wang dalam UMNO ? Logik !
Oleh yang demikian amatlah malang dalam gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar UMNO melakukan perubahan drastik maka cadangan Tengku Ahmad Rithaudeen yang logik dan antara yang boleh dianggap drastik itu di tolak ! Oleh yang demikian tak usahlah lagi UMNO bercakap soal perubahan drastik , ianya pasti tidak akan berlaku kerana itulah UMNO dulu kini dan selamanya akan tetap begitu !!!

1 comment:

saji said...

logiknya cadangan tengku ahmad ritahudeen ialah bila mana beliau dalam usahanya mencari jalan menyelesaikan masalah rasuah politik -umno bertindak melihat sayap umno menggunakan mata kasarnya yang kemudiannya mendorong akalnya berfikir untuk menafsir dan merumuskan tentang perlunya kesemua sayap umno dibubarkan sebagai cara terbaik untuk mengatasi gejala politik wang-umno. yang mana dari sudut menyelesai masalah cara islam, kebanyakan orang mampu melakukannya, tetapi menampakkan hal-hal yang tersurat.

walhal penyelesaian masalah yang dituntut islam ialah pergabungan pandangan mata kasar, pandangan akal dan pandangan mata hati,di mana yang dimaksudkan pandangan mata hati ialah kajian menyeluruh yang mencakupi 3 komponen ajaran islam iaitu akedah, akhlak dan syariah