Followers

Saturday, January 10, 2009

Benarlah bahawa Pak Lah tersalah pilih calon !

Terbukti benar bahawa UMNO telah tersalah pilih calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen P36 Kuala Trengganu. Selama ini kita mendengar desas desus mengatakan begitu dan kita menganggap desas-desus itu sebagai provokasi politik musuh UMNO di Kuala Trengganu.

Kita juga menyangkakan tempelak awal mantan Presiden UMNO kepada calon UMNO/BN Parlimen Kuala Trengganu adalah lanjutan persengketaan peribadi mantan dengan Presiden UMNO sedia ada. Mantan Presiden UMNO itu mendakwa bahawa Dato Wan Ahmad Farid bukan selayak-layak calon bagi UMNO. Mahathir mendakwa bahawa calon itu adalah calon poxy kepada pemimpin utama UMNO yang tidak boleh membuat apa-apa untuk UMNO, melainkan akan menjadi tukang angguk semata-mata.

Tiba-tiba sehari selepas penamaan calon Presiden UMNO Pak Lah melahirkan rasa peliknya kerana orang UMNO yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon UMNO iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding pembangkang. Maknanya menurut Pak Lah pembangkang bercakap sedikit sahaja mengenai tak eloknya Wan Ahmad Farid tetapi orang-orang UMNO/BN yang paling banyak bercakap hal itu.

"PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid.

Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu malam tadi.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Wan Ahmad Farid.
Bagaimanapun, beliau berharap Wan Ahmad Farid pandai membawa diri berdepan dengan pengundi Kuala Terengganu.

Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi buah mulut di kalangan orang ramai.

Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid."

Sumber:

http://malaysiakini.com/news/96099

Dengan rugutan Pak Lah itu dan nasihat Pak Lah, agar orang UMNO dan penyokongnya jangan lagi bercakap yang tidak elok terhadap calon UMNO, ianya telah membuktikan bahawa benarlah Pak Lah telah tersalah pilih calon dan ini memberi petanda awal bahawa UMNO sedang menderita dan serba tidak kena dalam menghadapi pertandingan 3 penjuru di PRK Kuala Trengganu itu.

Di Permatang Pauh tidak menjadi. Di Kuala Trengganu tersalah pilih . Nampaknya, Najib serba tidak menjadi dan Pak Lah semakin serba tidak kena lagi !

No comments: