Followers

Saturday, January 31, 2009

Azalina Othman 'tembak' Rafidah dan Najib ? -Malaysiakini

Siapakah yang cuba 'ditembak' oleh Datuk Azalina Othman ? Datuk Azalina Othman menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan dalam pertandingan jawatan dalam UMNO sebagai "pengecut".Justru itu beliau menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin.

Kata Datuk Azalina, "Hanya pengecut memilih untuk bertanding di bawah sistem kuota. Puteri Umno tidak pernah mengamalkan sistem kuota ketika era saya dan malah sekarang dan sesiapapun boleh bertanding apa juga jawatan.

"Dan, begitu juga parti-parti lain seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka tiada sistem kuota.

"Saya sedih dengan sistem ini yang tidak menggalakkan demokrasi dalam pertandingan parti."

Nampaknya Datuk Azalina melepaskan 'pelurunya' kerana persaingan dalam Pergerakan Wanita UMNO. Apakah tidak mungkin Datuk Azalina melepaskan geramnya kerana beliau mungkin berhasrat untuk bertanding jawatan tertinggi dalam pergerakan Wanita tetapi dihalang oleh sistem kuota yang menguntungkan pemimpin yang sedia ada, Rafidah Aziz.

Dengan mengutuk sistem kuota ini sedar tidak sedar Azalina juga sebenarnya 'menembak' bakal Presiden UMNO yang terselamat dari saingan Tengku Razaliegh Hamzah ? Apakah Azalina, ingin memberitahu bahawa Dato Seri Najib juga 'pengecut' ?

No comments: