Followers

Tuesday, January 06, 2009

Apakah lagi isu UMNO dan jika ada hantu-hantu pilihanraya dari manakah agaknya hantu-hantu itu akan keluar ?

Harapan UMNO/BN untuk melagukan isu hudud di PRK Parlimen Kuala Trengganu nampaknya kian gagal. Adalah diyakini UMNO/BN sekarang tidak akan berani lagi menggunakan isu hudud kerana isu itu akan pasti menjadi senjata makan tuan. Seluruh parti Pakatan Rakyat, Keadilan dan DAP saling bergandingan berkubu dengan PAS di Kuala Trengganu sekarang. Harapan untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat nampaknya tidak tercapai.

Apakah lagi isu yang UMNO/BN akan gunakan untuk menghadapi Pakatan Rakyat?

Jika UMNO/BN mahu menggunakan isu babi di Selangor dan Kedah dengan memutar- belitkan fakta yang sebenar. Bagaimana pula isu babi di Melaka dan Negeri Sembilan ?

Jika UMNO/BN mahu menggunakan isu perpecahan Pakatan Rakyat, kerajaan-kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat terus menjalankan pentadbiran masing-masing dengan tenang. Sekarang media menggunakan isu pertelagahan antara Speaker DUN Selangor dengan YB Santiago dan YB Mike (Kapar). Namun belum nampak kesan perpecahan antara Pakatan. Pakatan Rakyat jelas kelihatan semakin matang.

Ada juga usaha UMNO/BN mahu menggunakan isu apa yang dikatakan penutupan Tadika Kemas di Perak sebagai tindakan yang zalim, namun isu itu pun tidak ke mana. Rakyat semakin faham menilai sesuatu isu. Dan UMNO semakin hilang kredibiliti !

Sedangkan bagi PAS terlalu banyak isu yang boleh dihenyak di atas kepala UMNO.

-Isu pemulangan Royalti minyak yang penuh dengan pembohongan.
-Isu PPSMI yang telah menggelisahkan seluruh kakitangan awam dan guru termasuk GAPENA
-Isu jika IJN di serah kepada swasta.
-Isu kes altantuya yang pelik dan menghairankan.
-Isu harga barang naik tak pernah reti nak turun-turun.
-Isu rasuah. Siapa lagi percayakan UMNO dalam hal. rasuah?
-Isu Wan Farid seburuk-buruk calon kata Dr Mahathir.
-Isu menembak orang dengan peluru hidup di batu buruk yang hendak pergi dengar ceramah.
-Dan seribu satu isu lagi yang akan memeningkan kepala UMNO.

Nampaknya UMNO akan semakin berpinar semakin hampir dengan tarikh pembuangan undi. Dalam keadaan begitu Pakatan Rakyat perlu berhati-hati kerana akan pasti ada 'hantu hantu' pilihan raya bukan hantu raya, yang akan keluar mengundi !

Paling mengherankan ialah kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Trengganu. Kata sumber-sumber rasmi 6000 orang polis akan berada di Kuala trengganu. Namun mengikut sumber lain yang tidak rasmi katanya jumlah polis yang berada di Kuala Trenggau bukan lagi 6000 orang malah telah mencecah 20,000 orang ? Untuk apakah mereka ini terlalu ramai berada di Parlimen Kuala Trengganu.

Apakah tidak mungkin hantu-hantu pilihanraya kali ini boleh jadi, akan keluar dari celah-celah pagar balai-balai polis itu sendiri

No comments: