Followers

Monday, January 26, 2009

Apakah ada 'Guantanamo' dalam lokap-lokap polis di negara kita ? - Malaysiakini

Benar tugas polis dalam membenteras penjenayah dan mengawal ketenteraman awam sewajarnya dihurmati. Tugas mereka memang tidak mudah dan kadang-kadang terlalu komplikated.

Namun demikian dalam melaksanakan tugas yang sukar itu, janganlah pula pihak polis hinggakan dituduh menjadi penjenayah kepada penjenayah atau polis dilihat lebih kejam dari penjenayah. Sudah banyak kedengaran berlaku kes kematian dalam tahanan polis. Memang kita tidak perlu memberi layanan lima bintang kepada penjenayah tetapi apa yang dikatakan aktiviti 'mendera' oleh pihak polis hingga mampu menyebabkan kematian itu, tidak sewajarnya dibenarkan berlaku. Dan memang tidak bertamadun jika berlaku.

Biarlah jika ditakdirkan penjenayah itu maut, adalah hasil dari keputusan sebuah mahkamah yang adil bukan dalam tahanan polis akibat dari penderaan dan penyiksaan yang dahsyat dan kejam ! Kenapa boleh sampai paru-paru berair ? Kenapa mesti sampai lebam sana lebam sini ? Kenapa mesti sampai lecur kulit kerana air panas ?

Guantanamo setahun lagi akan dibenamkan oleh Barack Obama tetapi apakah Datuk Seri Syed perlu membiarkan "Guantanamo" terus wujud dalam lokap-lokap polis di negara kita?

Semoga pihak polis kita tidak mudah hilang kewarasan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas kepolisiannya.

No comments: