Followers

Wednesday, January 28, 2009

Akhbar Watan dapat sakit ? - Malaysiakini

Akbar Watan akan dapat sakit kerana permainannya sendiri. Dalam keluarannya bilangan 22 Ahad 25-31 Januari , Watan mendakwa YB Abdul Wahid Endut akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam untuk membolehkan diadakan satu lagi pilihanraya kecil di Kuala Trengganu.

Dalam keluaran tersebut, akhbar itu meletakkan tajuk utama muka depan 'Wahid Lepas Adun' dan tajuk kecilnya 'Satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu untuk malukan BN' melaporkan dalam intro beritanya bahawa satu lagi pilihanraya kecil dijangka berlaku di Terengganu berikutan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru, Abdul Wahid Endut.

Akibat dari pandai-pandai menyiarkan berita yang tidak benar itu YB Abdul Wahid Endut telah menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap Watan. Berita Watan yang ditulis sendiri oleh Editor Akhbar Mingguan WATAN, Zabidi Haji Saidi seolah-olah memperlekeh sikap kebertanggungajawab YB Abdul Wahid Endut dalam melaksanakan tugas Wakil Rakyatnya. Sedangkan isu YB ADUN juga menjadi YB Parlimen bukan bukan satu isu dan bukan perkara baru dalam arena politik di Malaysia.

Dengar ceritanya, Zabidi, 50, adalah Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Pasir Gajah, Kemaman, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dari tahun 1995-1998. Padan pun !

1 comment:

Anonymous said...

kalau bagi duit kat ketua bahagian apa salahnya. kenapa adun nak bising sebab nak sapu duit tu ker. sebenarnya yang tak betul adalah adun yang nak lompat tu dan pakatan rakyat termasuk lah PAS yang mengaku pejuang islam tapi sebenar pejuang setan yang sanggup bagi rasuah kat adun-adun UMNO tu. mungkin apa yang dinyatakan dalam watan tu betul, siapa tahu??? kita tak tahu melainkan wahid sanggup sumpah laknat mengatakan tidak. anwar tak sanggup sumpah, wahid sanggup ker??? jangan nak bodoh kan rakyat lah pakatan rakyat tak ubah macam yahudi cakap berbelit-belit.