Followers

Wednesday, January 28, 2009

ADUN Lintang Perak pecahkan tembelang -Malaysiakini

ADUN Lintang Perak Datuk Ahmad Fakeh Adam yang dengar khabarnya sedang dalam keadaan 50-50 antara kekal dalam UMNO atau keluar UMNO telah mendedahkan bahawa Ketua-ketua Bahagian UMNO yang hanya mewakili ahli-ahli UMNO lebih dipentingkan berbanding Wakil Rakyat yang mewakili rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa bagi kerajaan pusat!

ADUN tersebut begitu kecewa kerana peruntukan kerajaan pusat kepada wakil rakyat yang bukan Ketua bahagian begitu lambat diluluskan walaupun peruntukan telah ada. Tetapi sebaliknya berlaku untuk Ketua-ketua Bahagian UMNO. Peruntukan akan diluluskan segera.

Inilah wajah UMNO sebenarnya. Wang siapakah yang diluluskan kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO itu. Banyaknya duit UMNO !! ADUN Lintang bagi contoh iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

Siapakah menteri kementerian berkenaan? Apakah sebab menteri itu berbuat begitu ? Kenapa dan mengapakah begitu mudah kementerian tersebut memberi bantuan kepada Ketua-ketua Bahagian ? Sepatutnya peruntukan sebegitu diberikan kepada Wakil-wakil rakyat bukan kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO kerana itu adalah wang rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat kaum dan bangsa.

Pendedahan yang dibuat leh ADUN Lintang ini membayangkan negara ini akan hancur jika dibiarkan keadaan yang tidak amanah dan tidak berintegriti ini terus berlaku.

No comments: