Followers

Monday, January 26, 2009

Apa? Tajul Rosli ? Masuk PR ? - Malaysiakini

Dalam penafian TPM Datuk Seri Najib, beliau mengatakan semua itu khabar angin sahaja. Tapi dalam kenyataannya itu, beliau hanya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah) bukan beliau benar-benar yakin sudah tidak ada lagi ! Ini bermakna seperti akan ada lagi ADUN UMNO yang tidak diduga oleh Datuk Seri Najib yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Ketidakyakinan Datuk Seri Najib itu dapat tafsirkan dari harapannya kepada semua wakil rakyat BN memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terutama ketika dalam saat parti amat memerlukan sokongan dan kesetiaan mereka.

Rayu Datuk Najib "Tidaklah wajar sekiranya ada apa-apa masalah peribadi atau perasaan tidak puas hati, kita nak tinggalkan parti ataupun mengetepikan parti dalam saat parti memerlukan sokongan dan kesetiaan kita kepada parti dan perjuangan kita."

Siapakah agaknya yang tidak terfikir oleh Datuk Seri Najib itu ? Apakah tidak mungkin ADUN itu Datuk Seri Tajul Rosli dan ADUN-ADUNnya ? Manalah tahu selepas bertemu dengan Datuk Najib terus isytihar masuk PR ? Pengsan Datuk Najib !!!

5 comments:

angkasanuri said...

Ada ramai lagi syeikh, dalam senarai termasuk le Pak lah, Najib, Khairy, Hamid Albar dll..Mereka bukan sahaja melompat tetapi melompat-lompat bila akan melihat wakil rakyat BN melompat ke PR.

Anonymous said...

ledakkan dan tsunami PR tidak dapt dinafikan..terima sahaja kenyataan UMNO/MCA/MIC/GERAKAN dan parti komponen parti tidak relevan lagi...cukuplah tu..serah sajaha kuasa pemerintahan kepada PR..jangan bermimpi lagi...KT telah memberi message yang tepat..BN tak belajar dari pemimpin terbilang Barack Obama. change we need...so di malaysia pun perlu sesuatu yang relevan yang hanya boleh dilakukan PR sahaja.

Anonymous said...

kekalahan kt adalah atas faktor: 1. calun kurang hebat di mata rakyat UMNo/ atas pagar.
2. pergolakan merebut jawatan ketua cawangan/ pengerusi jkkk
3. gerak kerja yb/ yab, pegawai kerajaan, JKKK terlalu lembat menyebabkan ramai golongan peti undi saluran 4&5 mengundi pembangkang atau tak keluar.
4. ramai guru tak keluar kerana calon mereka zubir embong tak dicalunkan oleh kepimpinan tertinggi.
5. jentera dalaman umno kt tak berjalan. pos pos umno malam malam terakhir tak ada orang, ceramah ceramah kecil banyak gagal diadakan. manakala jentera mca/gerakan mendapat suntikan besar drpd orang orang besar, undi mereka tak pecah sangat.

Anonymous said...

kekalahan kt adalah atas faktor: 1. calun kurang hebat di mata rakyat UMNo/ atas pagar.
2. pergolakan merebut jawatan ketua cawangan/ pengerusi jkkk
3. gerak kerja yb/ yab, pegawai kerajaan, JKKK terlalu lembat menyebabkan ramai golongan peti undi saluran 4&5 mengundi pembangkang atau tak keluar.
4. ramai guru tak keluar kerana calon mereka zubir embong tak dicalunkan oleh kepimpinan tertinggi.
5. jentera dalaman umno kt tak berjalan. pos pos umno malam malam terakhir tak ada orang, ceramah ceramah kecil banyak gagal diadakan. manakala jentera mca/gerakan mendapat suntikan besar drpd orang orang besar, undi mereka tak pecah sangat.
6. jentera perayu undi pada hari pengundian semacam hambar dan tiada hala tuju. walau pun nampak hebat dan amacam pesta, namun jentera BN hanya terikut ikut dengan gaya dan rentak sahut menyahut jentera pas/pkr. bila jentera pas berzikir, jentera BN ikut berzikir. mereka tiada hala tuju dan gerak kerja yang tersusun.

Anonymous said...

kau orang semua bodoh. UMNo pejuangkan ketuanan melayu dan pakatan rakyat pejuangkan ketuanan rakyat. ketuanan melayu adalah 4 perkara asas dalam perlembagaan malaysia iaitu islam agama rasmi, hak istimewa melayu, bahasa melayu bahasa rasmi dan raja-raja melayu. ketuanan rakyat adalah untuk ratakan 4 perkara ni maksudnya semua agama adalah sama tiada agama rasmi, tiada bahasa rasmi, tiada hak istemewa melayu dan tiada raja melayu. kalau kita tak sokong umno dan sokong pakatan rakyat maksudnya kita orang melayu rela ratakan 4 perkara tu. 4 perkara itulah yang menjadi pejuangan datuk nenek kita dan juga itulah peninggalan yang mereka tinggalkan kepada kita. kita perlu pertahankan bukan gadaikan. itulah sebabnya DAP begitu setia dengan pakatan rakyat kerana pejuangan ketuanan rakyat adalah mirip perjuangan DAP selama ini iaitu malaysia malaysian. jangan jadi bodoh lah wahai melayu, kita belajar masuk universiti dan pergi luar negara pun sebab hak istemewa melayu, kalau nak harap kan bapak kita mana mereka mampu. ingatlah jangan jadi bodoh. bodoh adalah orang yang tak boleh fikir!!!!