Followers

Saturday, January 24, 2009

Ada "Guantanamo" dalam lokap polis ?

Secara peribadi saya sangat menghurmati tugas polis untuk membenteras penjenayah dan mengawal ketenteraman awam. Memang tugas ini tidak mudah dan kadang-kadang terlalu komplikated.

Namun demikian dalam melaksanakan tugas yang sukar itu, janganlah pula pihak polis hinggakan dituduh menjadi penjenayah kepada penjenayah atau kepada sesesiapa juga. Sudah banyak kedengaran berlaku kes kematian dalam tahanan. Memang kita tidak perlu memberi layanan lima bintang kepada pelaku onar tetapi apa yang dikatakan aktiviti 'mendera' oleh pihak polis hingga mampu menyebabkan kematian itu, tidak sewajarnya dibenarkan berlaku.

Biarlah jika ditakdirkan penjenayah itu maut, adalah hasil dari keputusan sebuah mahkamah yang adil bukan dalam tahanan polis akibat dari penderaan ! Kenapa boleh sampai paru-paru berair ? Kenapa mesti sampai lebam sana lebam sini ? Kenapa mesti sampai lecur kulit kerana air panas ?

Guantanamo setahun lagi akan dibenamkan oleh Barack Obama tetapi apakah Tuan Syed perlu membiarkan "Guantanamo" terus wujud dalam lokap-lokap polis di negara kita?

Semoga pihak polis kita tidak mudah hilang kewarasan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas kepolisiannya.

No comments: