Followers

Friday, November 28, 2008

SU UMNO amaran Tun Mahathir ?

Setiausaha Agung UMNO berkata, UMNO akan mengambil tindakan kepada pihak yang membuat laporan palsu berhubung penggunaan politik wang dalam pemilihan peringkat cawangan dan bahagian UMNO baru-baru ini. Katanya tiga suku daripada 900 hingga 1000 aduan politik wang yang diterima adalah palsu.
Itulah UMNO, dia sendiri yang menentukan aduan politik wang dalam UMNO sebagai palsu. Bukan Lembaga Disiplin, bukan BPR tetapi Setiausaha Agung UMNO yang semua orang kenal.
Paling menggerunkan ialah Setiausaha Agung UMNO seolah-olah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada Tun Mahathir yang berjanji akan mendedahkan nama mereka yang terlibat dalam politik wang jika pihak Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan dalam masa dua minggu. Ertinya UMNO memberi amaran kepada Tun Mahathir! Mesti pada waktu ini Tun Mahathir kecut perut, takuut....dengan amaran tersebut kerana Tun Mahathir memang terkenal sebagai orang yang penakut semasa dan selepas keluar UMNO!!!?
Perasankah SU Agung UMNO tu, siapa dia tu hendak memberi amaran kepada Tun Mahathir. Kita tengok selepas ini siapa yang kecut perut, Tun Mahathir atau UMNO ?
Biarkan....biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya !
Seperti dilaporkan utusan online:
UMNO ambil tindakan laporan palsu politik wang

28/11/2008 2:02pm

PUTRAJAYA 28 Nov. – UMNO akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit membuat laporan palsu berhubung penggunaan politik wang pada pemilihan parti peringkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Jawatankuasa Lembaga Disiplin akan mengadakan mesyuarat dalam jangka masa terdekat untuk memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terlibat.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati tiga suku daripada 900 hingga seribu laporan yang diterima adalah palsu, sekali gus berniat jahat untuk menjatuhkan individu yang dilaporkan.

“Tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat. Selepas meneliti semua laporan itu, tiga suku daripada aduan itu adalah tidak benar. Kepada yang didapati bersalah, Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menentukan hukuman yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis program bersama rakyat `membaik pulih Sungai Chuau dan menambah populasi kelah’ di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan politik wang yang diterima UMNO.

Menurut beliau, sebarang laporan berhubung perkara seumpama itu perlu disertakan dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil memandangkan ada laporan dibuat berikutan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu.

“Banyak cakap pasal politik wang, cakap kerajaan rasuah, kalau ada bukti, laporkan. Beri kami bukti. Dia kalah bukan kerana politik wang, tapi pasal dia tak berkhidmat untuk rakyat,” katanya. —BERNAMA.

Bahasa Melayu mesti diperkasakan.

Sebagai seorang yang mencintai Bahasa Melayu dan sedih melihat Bahasa Melayu dikerdilkan oleh pemimpin Melayu sendiri yang mendakwa sebagai pembela Melayu, saya membangkitkan sekali lagi isu PPSMI.
Tun Dr Mahathir sekali lagi bersuara menentang pemberhentian dasar PPSMI yang dicetuskan zaman beliau itu. Memang itu adalah gaya Tun, beliau seorang yang pantang orang usik atau nilai semula apa yang telah dilakukan di zaman beliau walaupun perkara yang dilakukan itu boleh merosakkan. Beliau bukan peduli bahasa Melayu, yang beliau peduli yang dia buat jangan kacau, teruskan juga.
Semasa zaman Tun Mahathir hendak laksanakan PPSMI dulu ramai yang tidak bersetuju tetapi oleh kerana kerasnya pemerintahan Tun, semua terpaksa setuju dan semu terpaksa memuji dasar itu sebagai satu langkah yang positif. Yang menentang pada waktu itu hanya dari kumpulan dan pengikut pembangkang yang dianggap sebagai musuh negara.
Tun kata kalau tidak cukup guru untuk mengajar PPSMI, gunakan komputer. Itulah pemikiran Tun Mahathir. Benda disuruh guna untuk mengajar manusia! Itulah sebabnya anak dia Marina, tak sudah-sudah tentang pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Baru-baru ini Menteri Pelajaran juga memuji PPSMI dan katanya terbukti keputusan UPSR baik semenjak Dasar PPSMI dilaksanakan. Ini adalah petanda awal puak-puak ini memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap tentangan pejuang-pejuang dan pencinta-pencinta Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Saya sangat yakin dengan ulasan-ulasan yang berbunyi seperti itu Dasar PPSMI akan tetap diteruskan. Percayalah kita, apabila dasar ini diteruskan Bahasa Melayu akan hilang kekuatan sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu akan beransur-ansur menjadi bahasa pasar satu suku kaum terbesar di Malaysia , itu sahaja tarafnya nanti. Malang sungguh bagi umat Melayu, usaha dan asas yang diletakkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan dimusnahkan oleh para pemimpin Melayu sendiri (UMNO). Secara peribadi saya sangat kecewa.
Satu perkara lagi yang seharusnya menjadi ingatan kita ialah apabila dasar ini diteruskan pejuang dan pencinta bahasa Melayu yang terdiri dari sasterawan, budayawan, seniman, penyair dan pengguna ilmiah bahasa Melayu akan beransur-ansur lenyap dari bumi Melayu ini. Ini bukan dakwaan yang keterlaluan kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang mudah lupa.
Bagi diri saya jati diri orang Melayu ialah Islam dan yang kedua ialah Bahasa Melayu. Dalam keadaan semakin ramai umat melayu terhakis aqidahnya, bahasanya juga telah dikerdilkan. Apakah lagi bangsa Melayu pada waktu itu ? Ya bangsa yang telah hilang jati dirinya. Siapa nak segan dan siapa nak pandang ?
Dengan sebab itu seluruh umat Melayu harus bangkit melahirkan tentangan secara padu menggunakan tindakan politik jika sekira Dasar PPSMI ini diteruskan. Jika mahu memperkembangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu bukan dengan memperkerdilkan Bahasa Melayu. Bukan itu caranya. Bahasa Melayu wajib diperkasakan.

Tuesday, November 25, 2008

Yoga punya pasal, kecoh tak tentu hala.

Apabila semua orang ingin menunjuk pandai maka semua perkara yang dilakukan menjadi kecuh dan riuh rendah. Semuanya mungkin atas alasan kebebasan intelektual. Jika riuh rendah dalam perkara-pekara bukan agama tidak mengapa kerana semua orang boleh memberi pandangan dan memang itulah yang sepatutnya malah perlu digalakkan. Tetapi apabila ia membabitkan persoalan Islam, malangnya ianya juga menjadi riuh rendah sedangkan ianya tidak sepatutnya begitu.

Kes pengharaman yoga. Kelihatannya suasana menjadi riuh rendah kerana itu. Kalau oarang bukan Islam yang riuh rendah dan kecoh kerana Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan senaman yoga itu haram kepada orang Islam, persetankan. Mereka bukan tahu apa-apa tentang Islam. Kalaupun mereka tahu itu, itu memang sebenarnya memeng sikap mereka semenjak dari zaman jahiliyyah dulu lagi. Apa yang hendak dipelikkan. Kita tangani sahaja kerenah mereka atau kita persetankan sahaja tempikan mereka.

Masalahnya orang bukan Islam tidaklah seriuh mana. Yang kecohnya yang mengaku Islam. Yang lebih menjadi sensetif kerana senaman yoga ini mungkin atau sebenarnya kerap menjadi amalan golongan elit Melayu atau elit Islam. Bagi masyarakat luar bandar atau orang kampung, orang kampung mana yang amal senaman yoga ini ? Mereka tidak ada masa untuk itu kerana sibuk dengan melayan anak cucu, menebas kebun dan membanting tulang di sawah dan di tengah laut. Kalau golongan SIS betul. Mereka orang kota metropolitan memang agaknya selalu beryoga !? Inilah yang kecoh ni.

Apa yang saya nampak fatwa majlis fatwa sudah jelas iaitu mengharamkan senaman yoga yang teratur yang mempunyai bacaan dan menteranya. Manakala senaman yoga yang tidak ada jampi, bacaan dan mentera, yang kosong, hanya gerakan, cuma tidak digalakkan sahaja. Makna dari fatwa itu senaman yoga yang teratur yang asli (asalnya-yang lengkap) adalah haram di amalkan OLEH ORANG ISLAM. Manakala yang kosong yang hanya gerakan untuk kesihatan semata-mata dan tiada niat penyatuan diri dengan tuhan adalah TIDAK DIGALAKKAN.

Dari keterangan dari Pengerusi Majlis Fatwa itu apa yang payah hendak fahamnya. Maknanya orang Islam tak usah amal yoga. Kalau hendak buat juga yang hanya pergerakan dan tiada niat penyatauan dengan tuhan atau apa-apa, berhati-hati dan jaga aqidah kamu baik-baik.

Kalau sudah semua hendak tunjuk pandai itulah jadinya, semua bercakap. Pandangan ahli agama semua tak mahu dengar, dengarlah pandangan si jahil. Ada pula ahli agama beri pula pandangan yang bertentangan melalui media massa. Apa ni ? Walaupun mungkin pandangan itu betul, apa sudah tidak ada saluran yang rasmikah untuk menyatakan pandangan kontra hingga mampu lagi menaik tocang golongan jahil ni ? Gunakanlah mesyuarat mufti atau menyuarat rasmi atau pergi panjat tangga JAKIM tu berdebat dengan JAKIM bukan bercakap dengan media yang hanya tahu memanipulasi isu tu. Nampak cerdik tapi bodoh !

Malu Islam kalau macam ni. Nak buat fatwa senaman yoga bukan susah sangat tapi bergegar satu Malaysia macam yoga tu benda besar sangat. Apara !! Pemimpin-pemimpin UMNO relek je sebab mereka bukan kisah orang amal yoga macam manapun !

Monday, November 24, 2008

Semakin berkecamuk kelihatannya

Islam Hadhari semakin berkecamuk kelihatannya. Sister in Islam menentang fatwa pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Apa yang dipanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) melalui jurucakapnya Dr Maamor sibuk berdemontrasi menentang mereka yang kononnya menentang Islam dan menggugat hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputra. Keadaan menjadi semakin kecoh sesama mereka.
Kedua-dua SIS dan Pewaris adalah kesayangan UMNO. SIS menentang dan menolak fatwa yoga. Pewaris menentang NGO yang menolak fatwa yoga. Eloklah tu. Rafidah berkelahi dengan Shahrizat, Pewaris bertempur dengan SIS dan akhirnya nanti pihak lain yang tidak ada kena mengena terhumban dalam ISA.
Mereka ini berkecoh bukan berpunca dari orang lain. Punca dari mereka sendiri sebenarnya. Saya tetap mengatakan punca segala-gala perkara ini ialah UMNO dan para pemimpinnya sejak zaman mula Mahathir memerintah. Kalau dalam UMNO, Mahathirlah yang memulakan seghala kekecohan.
Semasa Kelantan hendak laksana Hudud riuh UMNO kata PAS nak buat hudud PAS sebab itu UMNO tolak. Apabila PAS suruh buat hudud UMNO, UMNO membisu sejuta bahasa. Inilah golongan purak-purak. Sejarah membuktikan UMNOlah paling kuat hentam dan menghina Islam. Tidak ada apa yang pemimpin UMNO tidak kata sewaktu PAS Kelantan dan PAS Trengganu hendak laksanakan Islam. Bekas Mufti Selangor dulu dipecat kerana menghalang gadis Melayu menyertai pertandingan Ratu Cantik. Jabatan agama Islam Selangor dihina dalam kes penangkapan gadis Melayu di Kelab hiburan the zouk tidak berapa lama dahulu. Banyak lagi kes-kes yang membuktikan UMNO dan pemimpinnya menghina Islam, sejarah mampu menceritakannya.
Apa yang UMNO dan pemimpinnya buat orang bukan Islam perhati. Mereka belajar pendidikan ini melalui UMNO. UMNO mengajar mereka. Nah hari ini kenapa UMNO dan kuncu-kuncunya serta Dr Maamor Pewaris pelik dan terkejut apabila ada pihak yang mengaku Islam dan bukan Islam mencela Islam ? UMNO dan kuncu-kuncu adalah pihak-pihak yang sering bermain api dan tidak pernah mahu belajar dari sejarah. Itulah realitinya. Cukuplah UMNO, anda diwaktu ini terlalu lemah. Semua pihak yang anda pelihara selama ini mula mencakar belakang anda.
Untuk anda selamat bukan anda perlu mendengar arahan Pak Lah, bukan Najib, lebih-lebih lagi bukan Mahathir yang terlalu banyak dosa kepada anda, hanya satu cara, kembalilah kepada Islam yang syumul, kembalilah kepada jemaah Islam yang tulin.