Followers

Saturday, November 15, 2008

Alahai Melayu; bawah RM1000 je sebulan...selepas 51 tahun merdeka.

Hanya inilah jasa kerajaan UMNO/BN selama memerintah 51 tahun merdeka. Parti yang dikatakan parti politik orang Melayu, parti yang membela orang Melayu, yang kononnya berkuasa hanya mampu melahirkan ramai orang-orang Melayu berpendapatan bawah RM1000.00. Dengar pada nama begitu gah sekali, parti pembela orang Malayu !
Di Singapura, tiadapun parti Melayu yang memerintah tetapi pendapatan ramai orang Melayu di sana jauh meninggalkan pendapatan orang-orang Melayu di negara yang diperintah oleh parti pembela Melayu .
Pendekkata UMNO sebagai parti pembela Melayu, hanya retorik politik chauvenis Melayu yang hanya memperalatkan isu-isu Melayu untuk mengayakan golongan UMNOPUTRAnya. Tu je sebenarnya.
Seperti yang dilaporkan Utusan Online:

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000
Oleh WAN SYAMSUL AMLY
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.
‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.
‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.
Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.
‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.
‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.
Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.
‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.
‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.
‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.
Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.
Sampai bila lagi Melayu mesti tertipu dan ditipukan ? Orang-orang Melayu fikirkanlah sendiri!

Wednesday, November 12, 2008

Shahrizat Jalil Mula Kepanasan.

Shahrizat sudah mula kepanasan. Beliau yang pada mulanya dilihat sebagai satu-satunya tokoh wanita UMNO yang popular untuk mengganti Rafidah kini benar-benar berada di dalam keadaan yang sangat tidak selesa apabila Rafidah berkeras mahu peralihan kuasa pada bulan Jun. Di sinilah liciknya Rafidah. Bulan Mac dan Jun bukanlah jarak yang jauh. Untuk apa lagi perlu Rafidah bertanding tetapi rupanya ada perangkap yang dipasang dan siapa yang akan terkena perangkap itu?
Apa yang kelihatan, perangkap itu seolah-olah disasarkan kepada Shahrizat yang kalah dengan Nurul Izzah dalam Pilihan Raya yang lalu.
Sebaik Shahrizat bersetuju atau terpaksa akur dengan keputusan Rafidah dan exco-exconya untuk kekal dengan tarikh peralihan kuasa yang asal, Kamalia terus menyatakan hasrat untuk bertanding Naib Ketua wanita. Shahrizat sudah kepanasan yang teramat sangat.
Untuk menentang Rafidah gelombang cukup besar, lagi pun sudah bersetuju dengan keputusan mesyuarat wanita tempoh hari. Berharap untuk menang tanpa bertanding di jawatannya sekarang sebaliknya Kamalia setakat ini masih berkeras untuk bertanding jawatan itu dan Tun Mahathir mula bersuara mengatakan jawatan-jawatan Ketua dan Naib Ketua wanita elok dipertandingkan. Kamalia sudah mendapat sokongan moral.
Persoalan besar bagi Shahrizat sama ada mempertahankan jawatan dengan ditentang oleh Kamalia atau melanggar keputusan mesyuarat exco wanita untuk menentang Rafidah ? Yang mana pilihan hati !.
Alangkah hebatnya dan pasti mendapat sanjungan jika Shahrizat mampu kalahkan Rafidah yang agak 'brutal' itu. Bagaimana kalau Shahrizat kalah? Maka melepaslah Shahrizat untuk menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO. Masa depan politik Shahrizat hanya akan bergantung kepada ihsan Najib sedangkan Najib sudah menyatakan dia tidak mahu campur urusan wanita.
Risiko terlalu besar jika berdepan dengan Rafidah. Kemungkinan Shahrizat mempertahankan jawatannya untuk ditentang oleh Kamalia. Melihat kepada pencalonan kemungkinan Shahrizat menang adalah cerah. Tapi bagaimana jika Shahrizat kalah ? Fuh...Shahrizat benar-benar dalam kepanasan !

Tuesday, November 11, 2008

Pengerusi SPR baru; Tahniah !

Adalah menjadi harapan yang besar rakyat Malaysia, agar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang berkuatkuasa 31 Disember ini, dapat melaksanakan tugas dengan baik, berintegriti dan adil kepada semua parti-parti politik. Suka tidak suka, kenal tidak kenal, kehadiran beliau sebagai orang yang diamanahkan untuk mengetuai SPR memang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat. Rakyat terbanyak benar-benar telah bosan dengan apa yang pernah berlaku atau dilakukan oleh bakal mantan pengerusi SPR. Bakal mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman terlalu banyak merosakkan imej dan integriti sistem pilihan raya-pilihan raya di Malaysia.
Sikap takut dan akur membabi buta kepada pemerintah yang telah hilang pertimbangan menjadikan kuasa politik Islam dan Melayu sangat terancam akibat dari beberapa tindakan pak turut yang telah menghilangkan wibawa SPR.
Dari kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihanraya yang banyaknya macam tidak munasabah, daftar pemilih yang penuh dengan arwah-arwah dan hantu-hantu, isu penggunaan dakwat hitam, isu kos kempen pilihanraya yang memang sangat berat sebelah, isu penyalahgunaan hak kerajaan sebagai jentera pilihanraya, isu deposit pilihanraya, isu sejauh mana peranan caretaker government dalam tempoh pilihanraya dan macam-macam lagi yang akhirnya menjadi Tan Sri Rashid menjadikan dirinya menyakitkan hati rakyat dalam saat-saat hujung kerjayanya !
Adalah diharapkan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mampu meletakkan SPR di tahap wibawa dan integriti yang cukup mulia menjadi sanjungan dan ingatan manis seluruh rakyat. Persoalannya apakah harapan ini hanya sebuah utopia ; Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dua kali lima, lima kali dua dengan Tan Sri Rashid Abdul Rahman atau lebih 'busuk' lagi ??

Monday, November 10, 2008

Beginilah cara 'mentadbir' negara !?

Hui...bahaya jadi ahli UMNO, matilaah kawan tu kena cekik ! Alah....alah...alah.....alaah !!

Hidup UMNO ( walaupun salah seorang ahli cemas mati kena cekik). Mengalahkan mesyuarat MIC. Dulu sedap dia kata kepada MIC, sekarang ni .....?


Seperti dilaporkan mStar online:

Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera

KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar pagi semalam. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Persidangan tersebut akan diadakan minggu depan, kata Setiauasaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kata beliau, Ibu Pejabat Umno akan menghantar pasukan khas untuk mengendalikan persidangan bahagian itu.

Liat sungguh nenek ni !

"Berani dia nak lawan saya ? Lawan Nurul Izzah pun kalah" agaknya itulah nenek fidah sergah. Sengeh je makcik zat. Siaan!!

Dari mStar online:

Pelan peralihan Wanita kekal; kerusi Ketua, Wanita tidak ditanding

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Tarikh pelaksanaan pelan peralihan Pergerakan Wanita Umno kekal Jun depan!

Sehubungan itu, kedua-dua jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan kali ini. Keputusan untuk kekal pada pelan peralihan itu diputuskan pada mesyuarat Exco Wanita yang berlangsung empat jam. Mesyuarat itu berakhir 2.40 petang tadi. Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal dengan kedudukan masing-masing.

Shahrizat akur dengan keputusan yang dicapai hari ini.

Sunday, November 09, 2008

Mahyudin Sudah 'Terkepung' ?

Akibat keceluparannya yang terlalu mendesak Pak Lah, Mahyuddin akhirnya terkepung dalam keadaan yang amat tidak selesa. Sebelum dan diawal mesyuarat bahagian-bahagian UMNO trend pencalonan yang popular ialah gandingan Najib- Mahyuddin. Tetapi di akhir-akhir ini kelihatan Ali Rustam seolah-olah mahu diangkat untuk menjadi gandingan Najib. Mahyuddin kian sesak.
Perancangan siapakah ini agaknya ? Realitinya Pak Lah sangat tidak senang dengan Mahyuddin. Apakah Najib selesa? Belum tentu. Sebagai orang yang mahu menjamin kedudukannya, Mahyuddin bukanlah gandingan yang sesuai untuk menjadi pilihan Najib. Najib tidak pernah mengeluarkan ulasan atau saranan calonlah Mahyuddin. Hanya Mahyuddin menyeru bahagian-bahagian berilah pencalonan 100% kepada Najib.
Dari momentum permainan politik UMNO sejak akhir-akhir ini, Mahyuddin berkemungkinan akan tewas dalam pemilihan nanti dan pemenangnya ialah underdog Ali Rustam !?
Persoalannya apakah Najib akan sempat menjadi Perdana Menteri ?

Bercelaru atau Menipu ?

Kes hakim-hakim yang dibayar ex-gratia.

Tun Mahathir kata, hakim-hakim itu dipecat.

Nazri Aziz kata, hakim-hakim itu meletak jawatan.

Siapa betul atau kerajaan BN/UMNO langgar lagi sistem dan prosedur demi keegoan sendiri.