Followers

Saturday, October 25, 2008

Ke mana perginya 'nasionalis-nasionalis Melayu' pengampu pemimpin UMNO!!?

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, yang katanya, bakal Perdana Menteri Malaysia berkata 'Unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh dihapuskan secara beransur-ansur'.

Najib berkata " Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputra sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita dinyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

Kata Najib lagi "Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB akan diganti". Najib berkata macam tu sewaktu ditemuramah dalam program "Bloomberg Voices', terbitan Bloomberg TV.

Bila direnung-renung kata-kata Najib, apa bezanya dengan maksud yang Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim kata. Pokoknya Najib akan tetap hapuskan DEB. Tak kiralah beransur-ansur ke segera ke. Yang pasti Najib juga akan buang 'tongkat' itu.

Saya tidak pelik apa yang Najib cakap itu, cuma saya pelik ke mana perginya pendekar-pendekar UMNO yang 'bersilat pulut' berdemonstrasi semasa Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim bercakap pasal nak 'stop'kanDEB dulu? Atau mereka boleh terima hujah Najib kerana hendak menghapuskan secara beransur-ansur. Kalau begitu, mereka kena renung balik kata-kata Najib '....dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi...', sama lah tu dengan apa yang Lim Guan Eng cakap !.
Anwar pula, hanya kata kalau Pakatan Rakyat memerintah, tapi setakat ini PR tidak perintah lagipun ,dan Najib dah nak buang DEB! Jadi siapa sebenarnya paling khianat dan pengkhianat DEB, Najib atau Anwar ! Tentulah Najib, sebab dia kata 'dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi' .....dah tu mananya nasionalis-nasionalis Melayu yang sibuk bertempik dulu tu ? Belalah orang Melayu !

Dan ke mana pergi Naib Canselor bermisai tebal dengan budak-budak uitm yang beria-ia menentang Tan Sri Khalid Ibrahim pasal kes kuota bukan Melayu di Uitm dulu? Tan Sri Khalid cadang tambah kuota bukan Melayu masuk uitm tapi Najib lagi 'brutal' nak hapuskan DEB !!

Kalau berani dan sanggup 'miss soru', buatlah demonstrasi tentang Najib pula !! Hah....takut !!!!

Pengurusan yang sewenang-wenang

Risau. Risau melihat gaya dan cara pengurusan kerajaan UMNO/BN yang tidak bertanggungjawab ini. Sikap menafikan keadaan ekonomi negara yang semakin tenat seolah-olah menafikan keupayaan rakyat berfikir dan menilai. Untuk mengatakan kerajaan memperbodohkan rakyat, mungkin itu agak keterlaluan. Tetapi sikap mengganggap rakyat tidak tahu apa yang berlaku, itulah yang ada dalam pemikiran para pemimpin negara kita sekarang dan itulah yang berlaku.

Apakah ertinya ini apabila Menteri Kewangan yang juga katanya bakal Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah rm 5 billion kepada ValueCap Sdn Bhd (sebuah anak syarikat di bawah Khazanah Holding) untuk menyokong pasaran saham tempatan ? Tidakkah ini bermakna ekonomi teruk dan kritikal ? Kalau tidak kenapa mesti menggunakan wang tabungan titik peluh rakyat yang dilaburkan untuk hari tua mereka?

Bertambah risau kita melihat pemborosan ini, dalam satu perbahasan di parlimen baru-baru ini YB Mahfuz mendedahkan majlis rumah terbuka aidil fitri 2007 Perdana Menteri dan Menteri Kabinet bernilai RM 4 juta dan diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri peruntukan itu ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri. Jika peruntukan Jabatan Perdana Menteri tidakkah itu bermakna perbelanjaan majlis hari raya PM dan Menteri Menteri kabinet yang mewah itu ditanggung oleh rakyat?

Salahkah rakyat sekiranya meluat dan menyampah dengan sikap kerajaan UMNO/BN dalam pembelian Eurocopter yang bernilai RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion?

Dalam keadaan rakyat sudah peka dan prihatin dengan apa yang berlaku, kerajaan UMNO/BN masih lagi bersikap sewenang-wenang dalam berbelanja. Kenapa ?

Thursday, October 23, 2008

Tetap tidak akan ada perubahan walau pemimpin UMNO berubah !

Pertandingan dalam menduduki jawatan UMNO cukup hebat. Peralihan kuasa kepada kepimpinan baru UMNO akan berlaku. Tetapi sukar diramal akan berlaku perubahan dari aspek integriti, ketelusan, keluhuran perlembagaan, keadilan yang merakyat, kesaksamaan kehakiman dan sebagainya.

Mana mungkin perkara-perkara di atas boleh dijamin berlaku kerana acuan pemikiran para pemimpin UMNO yang ada sekarang dengan yang bakal mengganti adalah acuan yang sama. Acuan sekular ! Acuan yang sanggup menghalalkan cara. Acuan ekonomi kapitalis yang ganas yang mampu menjarakkan terus jurang kemiskinan dan kekayaan.

Ini bukan tuduhan tetapi inilah merit yang ada pada hari ini yang boleh dijangka apa yang berlaku dimasa akan datang jika sekikranya puak-puak ini masih menduduki kuasa pemerintahan.

Percayalah persoalan AKHLAQ, AMANAH dan INTEGRITI pemimpin-pemimpin tidak akan selesai-selesai. Mana hendak selesai jika pelbagai isu terus menyesakkan pemikiran rakyat seperti kes altantuya, kes sukhoi, kes eurocopter, kes-kes projek mewah ketika ekonomi meleset, kes-kes fitnah, pemborosan keluarga pemimpin dan sebagainya lagi.
Apakah jaminan atau asas yang hendak dipegang oleh rakyat bahawa hal-hal atau kes-kes yang seumpama ini tidak akan berlaku lagi ? Sesungguhnya tidak ada !

Dalam keadaan kuasa Melayu semakin terhakis, UMNO masih mampu buat kelakar !?

Jika dalam Pilihanraya ke 13 nanti masih adalah lagi orang Melayu yang mahu menyokong UMNO, adalah suatu yang sangat pelik. Peliknya ialah apakah asas pemikiran dan pertimbangan sehingga sanggup mengundi UMNO yang sudah tidak tahu apa yang benar dan apa yang salah. Terlalu ego sehingga tidak bleh menerima teguran. UMNO kini mengidap 'sindrom aku sempurna' yang sangat dahsyat.
Pertelingkahan terbaharu antara Dr Rais dan Shahidan Kassim antara yang menceritakan betapa buruk dan hilang panduannya UMNO. Dr Rais dengan nada kecewa mencadangkan agar pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu bertanding kena buka tender untuk menang. Hari ini Shahidan awal-awal hendak tender Dr Rais dengan pemulaan RM1. Bagi Shahidan kononnya kenyataan Dr Rais sangat menghina pemimpin-pemimpin UMNO, jadi Shahidan hina balik Dr Rais.
Nak kata kelakar, mereka tu 'bergaduh'. Nak kata tak kelakar, memang kelakarpun! Pemimpin UMNO ni, bukan fikir tentang survival orang Melayu, jauhlah untuk fikir tentang Islam tapi hanya tahu fikir tentang ego keUMNOannya dan masih pandai buat kelakar dalam keadaan kuasa orang Melayu yang katanya didokong oleh UMNO, tercabar dan semakin terhakis. Inilah wajah UMNO.
Dr Rais cuba mengkritik diri sendiri agar diri yang lupa itu sedar, tiba-tiba muncul pula yang tak sedar diri mengkritik Dr Rais. Inilah penyakit UMNO, kritik orang lain tak cukup mulut, asalkan jangan kritik diri sendiri. UMNO sebenarnya parah dilanda sindrom "aku sempurna".
Sebenarnya, kes ini sepatutnya sudah cukup untuk memberi alasan yang kukuh, seluruh orang Melayu apatah lagi orang Islam untuk menolak UMNO yang parah dengan ' Sindrom aku sempurna' itu. Semoga orang Melayu terus berhati-hati agar jangan terjun dengan si luncai dengan labu-labunya !

Wednesday, October 22, 2008

Sedarnya Datuk Seri Dr Rais tidak kemana...

Jom kita baca apa komen Datuk Seri Dr Rais Yatim tentang UMNO"

"Kata Datuk Seri Dr Rais Yatim."Saya kira mereka yang menyumbang (politik wang), kalau begini lebih baik Umno itu adakan sistem tender, siapa yang lebih tinggi dia jadi ketua. "Kalau begitu Umno ambil duitnya, siapa yang banyak duit buat bidaan, kan jadi bahan ketawa, tetapi hal macam ni kena dibincang," katanya seperti dilaporkan Bernama."Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan. "

Kesian Dr Rais yang hanya memperolehi enam pencalonan daripada bahagian-bahagian setakat ini untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Agaknya kalaulah Datuk Seri Dr Rais sudah dapat pencalonan yang mencukupi sekarang, keluarkah rungutan yang macam ini dari mulut Dr Rais ?

Umum sudah sedar lama yang UMNO ni bapak rasuahnya, Datuk Seri Dr Rais kena macam ni baru sedar ! Tapi tetap mahu berada di atas pentas UMNO yang boleh runtuh bila-bila masa itu. Susah juga menjadi orang seperti Dr Rais ni ! Biarkan....biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Kalau macam ni bankrap negara ?

Anda fikirkanlah sendiri...betapa biijak dan cerdiknya kerajaan UMNO/BN menggunakan wang. Kerajaan Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga RM82 juta sebuah. Manakala kerajaan UMNO/BN membeli helikopter yang sama dengan harga RM193 juta sebuah. Maknanya berbanding dengan Brazil, kerajaan UMNO/BN kena tambah lagi sebanyak RM111juta untuk setiap buah helikopter.. Kenapa harganya berbeza ?

Dalam laporan polis AMK PKR menyebut, Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar bernilai RM4 bilion. Malaysia pula telah menandatangani kontrak pembelian 12 buah helikopter Couger dengan nilai RM2 billion. Masya Allah kemanakah perginya RM1.2 bilion dari hasil pembelian 12 buah helikopter tersebut. ?

Monday, October 20, 2008

Mahyuddin dah lupa...

Mungkin kerana syok dan ghalit sangat menerima pencalonan demi pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, nampaknya Mahyuddin hampir-hampir terlupa bahawa Pak Lah masih Perdana Menteri dan masih lagi Presiden UMNO. Apabila kena 'tembak' dek Pak Lah, Mahyuddin mula pucat muka. Katanya dia sanggup berjumpa Pak Lah untuk menerangkan keadaan sebenar. Agaknya Mahyuddin berpendapat Pak Lah tak faham apa yang dia cakap soal kempen panjang itu. Kalau Mahyuddin kata Pak Lah tak faham makna Mahyuddin bermaksud Pak Lah tu, 'benda macam tu pun Pak Lah payah faham, teruk Pak Lah!'. Gitulah agaknya andaian Mahyuddin.

Kini Mahyuddin dengan Mahathir dah mula kena 'tembak' oleh Syed Hamid, Shahril Samad, Khalid Nordin, Mohd Taib, Muhamad Hasan negeri Sembilan dan beberapa orang lagi. Peluru mereka ialah, "Mahathir tak perlu campur urusan UMNO". Shahril Sama tegur Mahyuddin sebab Mahyuddin tak sabar-sabar nak jadi Timbalan Presiden. Pak Lah belum berbunyi. Mungkin tunggu 'peluru' Mahathir! Gitulah para pendekar UMNO bersilat sama sendiri untuk kepentingan masing-masing atas alasan perjuangan untuk Melayu. Orang Melayu terus diajar bergasak sesasama sendiri. Yang kenyang tetap pemimpin yang menang. Yang kalah akan tetap kena lenyek. Tak percaya tengoklah nanti. Yang belum apa-apa tetapi sudah hendak dilenyek ialah Pak Lah. Begitulah budaya UMNO. Kesian Pak Lah !!

Sunday, October 19, 2008

Pak Lah dah mula 'cekak' pinggang ?

Pak Lah mula 'gasak' Mahathir dan 'sebat' Mahyuddin. Kita tunggu macam mana pula rupa dan gaya asakan Mahathir pada Pak Lah. Dulu Mahathir sergah Pak Lah,"Diam !". Semalam Pak Lah pula 'tunjal' Mahathir, kata Pak Lah, siapa awak tu yang nak sibuk urusan UMNO lebih baik jangan bercakap. Keadaan seri satu sama. Kita tengok siapakah yang akan lebih dulu menjaringkan gol kedua ?

Mahyuddin terus dengan sikap nakal dia. Berbelit-belit penafian dia. Pak Lah tengok Mahyuddin gerammm je.

UMNO semakin tak keruan kini. Wanita UMNO pun dah mula 'brutal', lontar kerusi !! Khairy semakin kuat keghiyau....ada orang sekat....ada orang sekat....! Dan Pak Lah dah mula 'cekak' pinggang !? Fuh....bahaya !