Followers

Saturday, October 18, 2008

Hah...UMNO sudah mula bersendirian


ISA.
PAS menentang ISA dan menggesa ISA dihapuskan.
Keadilan menentang ISA dan menggesa ISA dihapuskan.
DAP menentang ISA dan menggesa ISA dihapuskan
Kesimpulannya Pakatan Rakyat menentang undang zalim ISA dan menggesa ISA dihapuskan.

Gerakan BN menentang ISA dan menggesa ISA dihapuskan
MIC BN menentang ISA dan menggesa ISA dihapuskan.
Terbaru MCA BN menentang penyalahgunaan ISA dan menggesa ISA dikaji semula.

Mufti Asri juga menentang ISA kerana Islam mengharamkan ISA dan Islam bukan agama bacul.

Kini hanya UMNO dan Ibrahim katak mempertahankan ISA.

UMNO mempertahankan ISA bukan untuk memerangi komunis kerana komunis sudah tidak ada.
UMNO mempertahankan ISA bukan kerana ada ancaman terhadap keselamatan negara kerana tiada anacaman terhadap keselamatan negara.
UMNO mempertahankan ISA kerana hanya itu senjata yang UMNO ada untuk mempertahankan UMNO dari roboh.

UMNO kian bersedirian dalam arus politik negara.
Ibrahim katak mungkin akan melompat kembali ke kolam asalnya !

Ketua Hakim Negara yang baru

Ini satu lagi perkara yang memeningkan kepala rakyat. Bidang kehakiman bukan sahaja perlu adil malah perlu juga kelihatan adil. Kelihatan adilkah apabila yang akan menjadi Ketua Hakim Negara adalah orang yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ?

Pening...pening ! Apakah nasib bidang kehakiman selepas ini ? Sedikit imej baik telah mula kelihatan kepada bidang kehakiman. Apakah imej baik ini akan hancur musnah selepas ini ? KIta tunggu dan lihat.

Timbalan Pengerusi BN 2 untuk MCA ?

Nah, UMNO kian tercungap-cungap untuk melayani tuntutan MCA terhadap jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional 2. Apakah alasan UMNO untuk menghadapi tuntutan ini atau UMNO akan kata tidak boleh, jawatan itu hanya untuk UMNO sahaja ? Atau UMNO akan menunaikan tuntutan tersebut. Jika MCA berjaya, apakah Samy Velu akan membuat tuntutan MIC pula - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional 3 ?
Nampaknya, semua sudah berani menepuk bahu UMNO sekarang. UMNO, no more big brother ! Inilah kesan politik asasibiyyah UMNO, semakin memakan diri !

Jangan Pertikai Kontrak Sosial

Ingatan Majlis Raja-raja Melayu wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Jangan sesiapa yang mempertikai kontrak sosial. Kontrak Sosial antaranya ialah hak-hak istimewa orang melayu. Majlis Raja-raja Melayu bukan mengingatkan parti-parti politik bukan Melayu atau NGO bukan melayu sahaja malah antara yang dingatkan ialah UMNO.

Lupakah kita, UMNO di zaman pemerintahan Dr Mahathir telah menghapuskan biasiswa yang merupakan antara hak istimewa orang Melayu. UMNO zaman Pak Lah tidak pernah pun bercadang untuk mengembalikan hak biasiswa kepada orang Melayu. Apakah UMNO zaman Najib nanti akan mengembalikan hak biasiswa ini kepada orang Melayu ? Jauh panggang dari api !
Kita cabar Najib, umumkan penghapusan PTPTN dan kembalikan biasiswa kepada orang-orang Melayu. Jika perkara sekecil ini tidak mampu diumumkan tak usahlah kita mimpi indah-indah di zaman Najib nanti kecuali Pakatan Rakyat mengambil aih pemerintahan.

Thursday, October 16, 2008

Pak Lah dah tiada gigi...kesian Pak Lah !

Pak Lah tiba-tiba cadangkan diwajibkan mata pelajaran Sejarah. Berita ini kalau menjadi kenyataan mesti Prof Khoo Kay Kim suka.

Tapi kesian Pak Lah, Hisham sepupu bakal Perdana Menteri, dan dan itu juga bagi komen negatif terhadap saranan Pak Lah. Hisham keris telanjang kata, kita kena tengok banyak perkara untuk mewajibkan sejarah ni. Mata pelajaran dah banyak, akan teruk sekolah yang ada dua sidang. ( Ada lagi sekolah dua sidang ?) Kata dulu dah nak dijadikan satu sidang sahaja.

Mengenai mata pelajaran banyak ni, silap Hisham keris telanjang juga. Ramai orang kenal rogol dan buang anak, sibuk mata pelajaran Pendidikan seks. Ramai orang mati kemalangan jalan raya, buat pula mata pelajaran keselamatan jalan raya. Ramai orang hisap dadah, ada pula Pendidikan Pencegahan Dadah. Sibuk harga barang sentiasa naik, ada pula mata pelajaran Pendidikan Pengguna. Ramai rakyat sokong pembangkang, sibuk pula arah tubuh Kelab Setia. Ramai pelajar yang tak tahu Rukun Negara, arah pula tubuh Kelab Rukun Negara. Akhirnya cikgu duduk sibuk dengan benda-benda mengarut ni sahaja. Yang lebih penting, nasib anak Melayu terus terabai dan bodoh dan akhirnya senanglah mereka hendak dicucuk hidung !
Pak Lah sepatutnya terhina dengan ulasan Hisham. Pak Lah masih tercokoh, Hisham sudah naik tocang memperlekehkan Pak Lah. Nampaknya gigi Pak Lah sudah tiada hanya tinggal gusi.
Dalam keadaan yang seperti ini apakah Pak Lah masih mampu hendak melaksanakan Suruhanjaya Perlantikan Hakim, Surahanjaya anti Rasuah, dan Suruhanjaya Integriti seperti yang Pak Lah jeritkan baru-baru ini dan menjamin masa depan Khairy? Entahlah...... Di manakan ku cari Khairy ? Khairy sudah semakin tiada di TV. Asyik-asyik muka Mukri..........

Monday, October 13, 2008

Ku Li ... Ku Li ?

Dalam utusan online hari ini satu tajuk berita yang cukup kuat dentumannya ialah " Bruas, Pontian tolak Ku Li". Berdentum bunyinya. Sebab kena tolak ! Itulah arus dalam UMNO sekarang sedang "dicipta" pesaing yang dominan untuk menolak Ku Li. Tajuk berita itu pun telah membuktikan segala-galanya. Apabila bahagian-bahagian lain mendengar "dentuman" itu apakah akan ada pencalonan nama Ku Li Lagi selepas ini ? Inilah sebahagian peranan akar umbi UMNO; di bahagian !!

Dari sudut lain pula bersepah tajuk berita seumpama ini " Najib-Muhyiddin relevan dan sesuai". Apakah maknanya ini. Mesej yang mungkin dituju khas kepada bahagian-bahagian yang belum bermesyuarat, lupakan lah Ku Li tu!

Jika begitulah halnya, mampukah Ku Li memperolehi kadar pencalonan yang melayakkan dia menentang Najib ? Saya yakin dia tidak akan mampu. Kalau begitu apakah kesudahannya, wahai Ku Li ? Sama ada Ku Li senyap terus selepas ini atau masih unggul di arus politik perdana dengan peranan yang "lebih berwibawa"?. Dari segi integriti dan karismatik Ku Li masih belum 'cacat' tidak 'secacat' Najib. Kita tunggu adegan seterusnya ....