Followers

Saturday, October 11, 2008

Kenapa harga barang tidak turun ?

Mengikut laporan akhbar hari ini, harga minyak mungkin boleh turun ke paras harga 1.92 sen seliter. Jika ini benar-benar berlaku kenapa harga barang tidak turut turun ?

Sejak harga minyak turun 25 sen harga barang tetap macam itu malah di kebanyakan tempat harga sesuatu barangan semakin naik. Kita merasa pelik dan tertanya-tanya apakah tiada mekanisma yang beroutoriti mampu digunakan oleh kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan di premis-premis perniagaan atau ada pihak lain yang lebih berkuasa dari kerajaan UMNO/BN yang menentukan naik turun harga barang ?
Satu yang agak merisaukan ialah di kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan tinggi, harga barangan lebih terkawal tetapi di kawasan-kawasan taraf sosio-ekonomi rakyat rendah harga barangan keperluan agak mahal malah ada kalanya terlalu mahal. Pihak kerajaan seharus memandang serius persoalan ini dan tidak perlu asyik memberi alasan masalah ekonomi global lagi.
Kita bimbang kalau-kalau ada "kerajaan ekonomi" yang sebenarnya lebih berkuasa dari kerajaan politik (UMNO/BN) dalam menentukan urusan perniagaan barangan keperluan rakyat di negara ini. Kalau begini apakah nasib golongan rakyat miskin dan berpendapatan rendah dan yang berpendapatan sederhana yang mempunyai tanggungan yang ramai ? Apakah fenomena miskin terus miskin, kaya semakin kaya akan terus membarah di negara ini ?

Oi... Shah Rukh Khan dapat Datuk !!

Shah Rukh Khan pun dapat Datuk ??? He...he...banyaknyaaa jasa diaa !!! Bertuah orang Melaka dapat Datuk Shah Rukh. Akan selalulah gamaknya Datuk Shah Rukh berjumpa orang Melaka kerana banyaknya jasa Datuk Shah Rukh pada orang Melaka. ATAU........ orang Melaka berjasa pada Datuk Shah Rukh nii !!!!

"Shah Rukh Khan dapat Datuk

MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.
Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.
Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.
Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini." - Utusan online.

Friday, October 10, 2008

Politik haru biru UMNO

Memang untuk menguruskan kehidupan manusia perlu berpolitik. Tetapi teruruskah kehidupan kita jika cara berpolitik begitu bernafsu-nafsi? Sibuk mengejar dan berebut kedudukan pangkat dan kuasa. Rakyat yang memberi mandat dan mengharapkan perkhidmatan terbaik untuk mereka, sudah tidak diendahkan dan tidak menjadi fokus lagi. Semuanya bercakap soal perjuangan tetapi percakapan yang penuh dengan kata-kata yang tidak memberi erti apa-apa melainkan beretorik belaka.
Orang ini kata perjuangannya adalah untuk memupuk perpaduan antara pelbagai kaum. Orang itu pula berbicara soal perjuangan bangsa Melayu. Orang di Melaka pula akan berjuang agar parti menguasai kerajaan. (Apakah selama ini tidak berlaku?). Orang di Johor mahu memperkasakan kembali parti. Semua sedap bunyinya. Apabila berada dipuncak kuasa matlamat menimbun harta menjadi keutamaan. Bina rumah di Gold Coast. Beli kereta mewah. Hantar anak belajar di luar negara dan ajar anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Orang-orang yang merebut kuasa kini, apabila berkuasa nanti akan menjadi penasihat 20% pula. Akibatnya agihan ekonomi bangsa yang konon katanya diperjuangkan tidak ke mana. Itulah realitinya apabila mereka berada dipuncak kuasa.
Pedulikah mereka nasib rakyat. Paling banyak rakyat yang bodoh-bodoh akan dapat ratus-ratus ringgit sahaja setahun. Harga minyak hendak diturun pun susah. Macam-macam alasan diberi. Harga barang dapur dan barang kleperluan lain tidak berganjak langsung. Makin naik, ya. Mungkin yang agak turun sedikit harga barangan plastik. Rakyat makan plastik belaka !! Tapi yang peliknya Menteri kata tak naik. Ya lah Malaysia ini agaknya, hanya Kuala Lumpur sahaja.
Kita tidak akan menang lawan bertengkar dengan mereka. Mereka pandai memanipulasi isu dan bijak bagi alasan.... itulah inilah. Bila kita bagi tahu, ada anak-anak rakyat yang terbeban dengan PTPTN dan ramai yang hidup melarat di IPTS, mereka yang berkuasa kata kita manjakan anak, kita tipu mereka, kita bagi fakta yang tidak betul, kita boros, kita salah kira, kita tak berjimat, kita tidak bersyukur dan seribu satu macam keluar hujah dari mereka yang kini sedang berebut kuasa. Hanya mereka yang pandai memperkatakan nasib rakyat. Rakyat sendiri tidak boleh kerana rakyat tak pandai. Pandangan rakyat semuanya tak betul.
Siapa peduli nasib rakyat. Kita kata ramai rakyat yang susah. Mereka yang sedang berebut kuasa kata kita bohong. Ini Malaysiakan ? Mana ada rakyat yang susah. Bagi mereka di namakan susah itu bila berupa seperti orang Afrika yang kebulur, jika tidak tidak susahlah tu!! Cakap tu biar ada fakta sergah mereka. Tengok rumah-rumah besar di luar bandar, tengok, sudah banyak kereta di jalan raya, tengok, sudah banyak televisyen di rumah-rumah, tengok sudah cantik segak pakaian rakyat sekalian. Itulah ukuran mereka.
Siapa pedulikan rakyat. Siapa kesah, rumah rakyat, rakyat pinjaman duit bank. 10 - 20 tahun lagi baru habis hutang. Kereta yang banyak di jalan raya, mereka yang berebut kuasa rupanya tak tahu. Disangka itu kereta rakyat. Mereka bukan ambil kesah pasal rakyat, mereka tak kesah bahawa kereta yang rakyat pakai itu kereta finance. Hanya kereta buruk-buruk sahaja kereta rakyat. Rakyat Melayu terutamanya.
Sejak penswataan dilaksanakan siapa kesah rakyat terpaksa membayar bil-bil yang tinggi. Tak bayar rumah rakyat akan gelap, perkhidmatan telefon akan diputuskan, meter air akan dikunci.
Ini bukan persoalan kebajikan tetapi ini adalah persoalan tanggungjawab rakyat membayar kata mereka. Jangan merugikan negara !
Mereka yang sedang berebut kuasa buat apa sahaja tidak apa. Tidak merugikan negara. Anak bersekolah di luar negara, tidak merugikan negara. Beli perhiasan rumah di luar negara, tidak merugikan negara. Guna kereta mewah. Rumah bagaikan istana. Hantar ramai-ramai wakil rakyat belajar pertanian di Taiwan dalam bulan puasa tak apa.
Begitulah kita. Nampaknya keadaan rakyat Malaysia tidak akan terbela selagi UMNO/BN memerintah walau siapapun Perdana Menteri. Dengar cerita bakal Perdana Menteri Malaysia selepas bulan Mac 2009 nanti lagilah merunsingkan rakyat. Ya lah macam sekarang ini....heboh kita dengar penasihat, orang tingkat empat....orang tingkat empat ! Manalah tahu kot-kot nanti orang di rumah...orang di rumah ! Persoalannya, agaknya bolehkah bakal Perdana Menteri Malaysia nanti bertukar menjadi zuhud. Diri sendiri dan keluarga dikemudiankan dan rakyat diutamakan. Semoga begitulah hendaknya. Ehem...kita lihatlah nanti !! Tengah-tengah hendak bertanding ni, pujilah terus, jangan tak puji.
Semoga tidak berlaku, tradisi membela rakyat menjadi tragedi menekan rakyat.

Tempoh 6 bulan yang kelabu buat Najib ?

Walaupun Pak Lah sudah membuat keputusan tidak bertanding pada bulan Mac nanti, itu bukan bermakna Pak Lah telah menyerah kalah. Sekurang-kurangnya Pak Lah masih lagi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang berkuasa penuh dalam tempoh tersebut. Pak Lah kelihatan berundur dua tapak ke belakang untuk mara tiga atau empat tapak ke hadapan. Pendek kata tempoh lebih kurang 6 bulan buat Najib bukan tempoh yang menyenangkan tetapi amat kelabu dan mungkin boleh menggelapkan Najib.


Bersemangatnya Pak Lah untuk membuat beberapa perubahan penting dalam pentadbiran kerajaan sebelum katanya akan meninggalkan kerajaan antaranya seperti Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Aduan Khas memperkukuhkan Integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasa, mungkin boleh merisaukan orang yang bercita-cita tinggi disebelahnya. Apakah Pak Lah sedang menyediakan ranjau yang akan memadankan muka bakal penggantinya yang kelihatan tidak sabar-sabar dan tidak membantunya dalam menjayakan pelan peralihan kuasa 2010.
Dan apakah peristiwa Datuk Harun Idris di zaman Datuk Hussien Onn akan berulang kembali ? Kita saksikan adegan seterusnya nanti !!

Wednesday, October 08, 2008

Pak Lah letak jawatan siapakah yang pailng berkuasa ?

Seorang sahabat tiba-tiba menghantar sms dengan soalan " Bila Pak Lah letak jawatan siapakah orang yang paling berkuasa"?. Sepantas itu juga saya membalas, "orang Pahang lah!".
Dengan jangkaan balasan sms yang akan saya terima " syabas dan tahniah orang pahang". Rupa-rupanya sahabat itu membalas dengan jawapan yang agak saya tak sangka" Salah !" katanya.
"Habis tu siapa ?", tanya saya. Sahabat itu menjawab " Orang negeri sembilanlah". " Kenapa pulak orang negeri sembilan ? Ah.... kau fikirlah sendiri....katanya.

Monday, October 06, 2008

Pak Lah pertahankan jawatan ?

Pak Lah akan umumkan keputusan beliau pada hari Rabu. Pada hari itu kita akan tahu Pak Lah mempertahankan jawatan Presiden atau tidak.

Pada pengamatan saya, Pak Lah akan umumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Sudah ramai pemimpin UMNO yang tidak sabar-sabar menekan Pak Lah yang bermakna telah menjatuhkan maruah Pak Lah. Telah memalukan Pak Lah dengan begitu serius sekali. Apakah Pak Lah akan menyerah begitu sahaja ? Mungkin tidak.

Jika Pak Lah berundur Mahathir akan masuk dan UMNO akan dipengaruhi Mahathir semula. Masa depan Khairy tidak akan selamat. Apakah Pak Lah mahu melihat keadaan itu berlaku. Mungkin tidak .

Pak Lah sedar Najib pun ada banyak masalah. Apakah dengan menyerah kepimpinan UMNO kepada Najib, segala masalah UMNO akan selesai ? Bagi Pak Lah belum tentu. Lebih parah mungkin . Kita tengok hari Rabu nanti, pasti ramai yang akan memberi komen bahawa keputusan bertanding Pak Lah adalah keputusan yang bijaksana dan mendapat sokongan akar umbi. Itulah UMNO sebenarnya

Sunday, October 05, 2008

Zahid disindir, Zaid tak nampak masa depan ?

Wah...ramai yang berminat hendak merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Maknanya Najib kena bergerak ke atas pada bulan Mac ini. Sahlah agaknya aidil fitri ini merupakan aidil fitri terakhir Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Nampaknya keadaan berasak-asak hendak naik ke atas dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO menyebabkan semua orang sudah boleh membaca apa akan berlaku kepada Pak Lah. Kesihan Pak Lah tak sempat juga nak serahkan kuasa pada tarikh yang telah katanya dipersetujui dan diterima baik oleh semua ahli ?

Dan kini sudah mula kedengaran seruan-seruan dalam kalangan pemimpin UMNO sama ada yang masih berkhidmat atau yang sudah pencen agar calon-calon yang hendak bertanding mesti mematuhi lunas-lunas perlembagaan parti dan jangan menawar diri awal-awal, tidak sopan dan macam-macam lagi.

Paling ketara Tan Sri Abu Zahar salah seorang ahli Lembaga Disiplin UMNO, menyindir Zahid Hamidi agaknya, ukur baju di badan sendiri sebelum tawar diri tu ! Zaid Ibrahim pula, sudah tidak nampak masa depannya dalam UMNO. Kes apalah agaknya yang Zaid bincangkan dengan Dato Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar tu ? Hah... itulah UMNO semakin ketara nak karamnya!