Followers

Saturday, October 04, 2008

Najib Teruskan Acahannya.

Keputusan dahulu, Pak Lah menawar diri sekali lagi jawatan Presiden dan Najib jawatan Timbalan Presiden. Keputusan terkini, Paklah belum berkata apa-apa, Najib masih akur kepada pelan peralihan kuasa.

Alih-alih Zahid Hamidi mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Ali Rustam pun kelam kabut bimbang terlepas peluang juga berhasrat merebut jawatan tersebut. Mahyuddin tergamam ! Khalid Nordin memberi pendapat, tak sopan tawar diri awal-awal. Keadaan semakin tak terurus.
Nampaknya Najib sudah mula mengatur acahannya. Pak Lah digasak secara halus agar berundur. Apa pula strategi Pak Lah menghadapi desakan halus timbalan nya ini. Khairy sedang memerah otak. Kita tunggu, siapa yang kenaaa....

Tuesday, September 30, 2008

Negaraku indah permai......

Rakyat di bawah ini sudah rimas, bosan dan serabut dengan apa yang berlaku dalam negara indah permai ini. Memang tidak ada perang dan rakyat tidak mahu peperangan. Rakyat benci perang dan huru-hara. Rakyat benci pembunuhan. Tetapi realiti yang ada rakyat sebenarnya hari-hari "berperang".

1. Rakyat bawahan "berperang" apabila membeli barang-barang keperluan dapur di pasar. Semua barang keperluan naik harga.
2. Rakyat bawahan "berperang" untuk perjalanan jauh dan dekat, harga minyak tidak membantu langsung setakat ini. Tidak membantu penurunan harga barangan dan perkhidmatan lain.
3. Rakyat bawahan "berperang" untuk mendapat barangan keperluan lebih-lebih lagi "berperang" untuk sekali sekala mendapat barang kemahuan.
4. Rakyat bawahan "berperang" untuk membeli pakaian anak-anak. Kadang-kadang terpaksa mengintai dan tercari-cari yang berharga 3 sepuluh.
5. Rakyat bawahan sering rimas dan serabut kerana setiap kali datang musim perayaan seringkali kawasan yang dihuni "blackout". Rakyat sering diseru bersabar dalam keadaan banyak keperluan aidil fitri terpaksa terbengkalai. Anak cucu balik berada dalam kepanasan. Lilin yang boleh merentungkan sebuah keluarga menjadi alternatif sekerat malam atau mungkin satu hingga dua malam. Sudah 51 tahun merdeka mempunyai minda pemerintah dan rakyat kelas pertama, "blackout" di kawasan luar bandar masih boleh diterima ? Di kawasan kota tidak boleh.
6. Rakyat bawahan sering rimas dan serabut di saat-saat datang musim perayaan, air paip tidak melilih. Bayangkanlah situasi rakyat menjelang hari raya yang rumah atuknya penuh dengan anak-anak cucu yang nak mandi-manda. Anak cucu orang di Putra jaya relek je mandi. Anak cucu rakyat bawahan, sabarlah. Sabarkan separuh daripada pada iman !!
7. Rakyat didodoi dengan perubahan kualiti pengangkutan awam, anak-anak aku terpaksa membayar tambah berganda untuk balik kampung. Tak bayar tak dapat balik. Rakyat bawahan terpaksa menunggu bas selama 2 jam di tepi jalan untuk perjalanan yang memakan masa 40 minit. Masa aku kecik-kecik dulupun begini juga. Bayangkanlah negaraku indah permai ini.
8. Rakyat bawahan terpaksa bersabar dengan perkhidmatan pos kelas pertama dengan terpaksa berbaris panjang untuk hanya membuat sekeping "money order" dan membayar bil yang berharga rm30. Sabarlah sikit, apa yang dilakukan itu adalah pendekatan ekonomi; satukan kaunter tatkala ramai pelanggan, maka keuntungan melimpah ruah. Keadaan yang juga tidak pernah berubahan sejak zaman aku kecik lagi, sampai sekarang. Negaraku Malaysia.....
9. Cakap berdegar-degar untuk membenteras rasuah hingga ke akar umbi sampaikan Izam naik ghairah masuk UMNO balik. Tapi negaraku indah permai merudum lagi dalam index persepsi rasuah transparency dari kedudukan 43 pada tahun 2007 ke 47 pada tahun 2008.
1o. Awas dalam negaraku indah permai, rakyat bawahan perlu berhati-hati, jangan sampai orang UMNO marah. Kalau orang UMNO marah, mereka akan kata macam bekas ketua UMNO bukit bendera kata dan keselamatan anda tidak akan terjamin. Waktu ini ISA mungkin datang untuk melindungi keselamatan anda ! Waduuh....panik pakk.
Ohh...Malaysia negaraku indah permai !!