Followers

Saturday, September 27, 2008

Seriuskah UMNO ?

Seriuskah UMNO memperjuangankan nasib kaum Melayu? Apakah kaum Melayu benar-benar terjamin nasibnya kerana perjuangan UMNO? Apakah tidak benar dalam masyarakat Melayu ada golongan UMNOPUTRA ? Apakah ciri-ciri UMNOPUTRA itu? Dan apakah kelebihan UMNOPUTRA berbanding dengan bumiputra dan Melayu ? Adakah benar hari ini UMNO telah menjadi UMNO Sdn Bhd. ? Antara isu-isu yang perlu dibahaskan .
Mesyuarat Agung UMNO telah ditunda ke bulan MAC kerana menjaga kepentingan dua orang ahli UMNO yang eksklusif.
Nasib, pandangan dan perjuanganmu terabai wahai ahli-ahli UMNO akar umbi. Tetapi kononnya, 'sokongan akar umbilah' yang menjadi alasan penundaan tarikh mesyuarat tersebut. Benarkah begitu ?
Begitulah UMNO mempermainkan ahli-ahlinya.

Sunday, September 21, 2008

Harga minyak akan turun sebelum Aidil Fitri ?

Datuk Shahril ada menyebut bahawa harga minyak mungkin akan dinilai semula oleh mesyuarat kabinet pada hari Rabu ini. Kata Datuk Shahril, kabinet akan mengkaji sama ada harga minyak akan turun atau tidak sebelum Aidil Fitri.

Kenyataan Datuk Shahril itu secara kasarnya belum pasti menjamin harga minyak akan turun kerana dia menggunakan istitilah "sama ada". Ini boleh jadi tidak turun dan boleh jadi turun. Kalau kabinet memutuskan tidak turun dalam keadaan rakyat benar-benar tertekan dengan harga minyak apakah alasan kerajaan kali ini sedangkan harga minyak dunia bergerak ke arah menurun ? Apakah kerajaan belum sedar-sedar bahawa kesan kenaikan harga minyak 70 sen dulu telah benar-benar menjerut leher rakyat khususnya yang miskin dan berpendapatan sederhana? Atau apakah kerajaan BN yang sudah tidak menjadi harapan rakyat ini terpaksa bergantung terus kepada tabung minyak Petronas kerana mengalami masalah kewangan yang tenat ?

Jika pula harga minyak diturunkan maka berapa senkah nilai penurunannya. Apakah pada nilai di bawah 15 sen lagi ? Rakyat terutama orang Melayu yang ramai miskin di kampung-kampung akan mengharap penurunan harga minyak itu memberi kelegaan kepada budget bulanan mereka. Apakah kelegaan ini akan benar-benar dapat mereka rasai selepas ini ?
Bagi rakyat miskin dan para pelajar di IPTA dan IPTS penurunan harga minyak mesti juga membolehkan harga makanan, peralatan, barang dapur, tambang pengangkutan awam, tol dan sebagainya turut turun. Jika ini berlaku barulah rakyat akan rasa teramat lega.
Atau rakyat yang tertekan dengan tindihan ketidak-cekapan kerajaan UMNO/BN mengurus ekonomi dan tidak berintegriti ini, diseru agar SABAR, rakyat wajib berhemah dan berjimat berbelanja serta berkorbanlah untuk negara ! Pemimpin UMNO/BN ?! Apakah pengobanan anda untuk rakyat ? Melancong ke Taiwan di bulan puasa konon dengan duit sendiri. Duit sendiri tu datang dari mana ?