Followers

Friday, September 19, 2008

Pakatan Rakyat harus mengambil alih pemerintahan negara

Saya tetap berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar mencukupi ahli Parlimen buat masa ini untuk menguasai majoriti dalam parlimen. Sepatutnya pada hari ini, Pakatan Rakyat telah mentadbir negara.

Malangnya beberapa persoalan teknikal yang masih dikuasai oleh UMNO/BN telah melambatkan proses pengambilalihan pentadbiran negara. Namun demikian setakat mana UMNO/BN mampu bertahan dalam suasana rakyat yang sudah tidak tahan dengan pelbagai tekanan dalam kehidupan mereka. Rakyat mengharapkan angin perubahan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat juga sudah bosan dan boring dengan janji perubahan oleh UMNO/BN yang hanya bersembur-sembur dibibir mulut sahaja. Realitinya tiada apa yang berlaku. Kos hidup rakyat terus-terusan meningkat naik. Islam di dalam negara teus dipermainkan kerana lemahnya UMNO dalam menjaga dan mempertahankan Islam.
Semoga angin perubahan menjadi realiti menjelang hari esok. Insya Allah !

Thursday, September 18, 2008

Pak Lah Menteri Pertahanan ?

Ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya proses peralihan kuasa 2010 dengan pertukaran jawatan menteri antara Pak Lah dengan Najib yang berlaku secara tiba-tiba ? Apakah itu bermakna kerja Pak lah semakin berkurangan, sedangkan keadaan yang ada pada hari ini kelihatan agar mencabar dari segi kestabilan politik negara.

Maka itu ramai yang cuba membaca apakah pencak silat Pak Lah seterusnya dalam menghadapi bahang 16 September ? Kita rakyat biasa hanya mampu melihat dan berdoa semoga bukan kita (rakyat yang lemah ini) menjadi mangsa pertembungan bahang panas politik negara.

Wednesday, September 17, 2008

16 September telah berlalu

Tiada peralihan kuasa yang berlaku semalam (16 September 2008) kecuali beberapa sidang akhbar oleh beberapa orang pemimpin. Pak Lah dengan sidang khabarnya malas layan Anwar. Najib bersidang akhbar mengatakan kerajaan BN masih mantap dan akan terus kekal, Zaid Ibrahim mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Undang-undang, Tengku Razaliegh bersidang akhbar di Kota Bahru dan yang paling hangat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya mendakwa lebih 31 orang MP BN menyertai Pakatan Rakyat!
Apakah dakwaan Anwar itu benar ? Itulah persoalan yang bermain difikiran. Jika benar bermakna pada waktu ini Pakatan Rakyat sudah cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru Malaysia. Dan bayangkanlah pada waktu ini Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional yang sudah tiada atau hilang majoriti di Parlimen.
Bagaimana mahu membukti-sahihkan secara perlembagaan dakwaan Anwar itu? Dan apakah Pak Lah dan BN boleh menerima berita itu dengan redha walaupun berat hati? Apakah adegan-adegan yang akan berlaku selepas ini ? Suspen !!

Sunday, September 14, 2008

Peningkatan Kadar Jenayah Membimbangkan

Sebut sahaja jenayah kebanyakan warga masyarakat akan berasa tidak selamat. Sama ada jenayah yang berlaku itu bersifat atau disebut, jenayah biasa atau kejam, ringan atau berat, ianya tetap merisaukan seluruh anggota masyarakat. Kejadian jenayah jelas mengganggu keselamatan nyawa diri dan keluarga serta ketenteraman warga masyarakat.


Sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah kejam sungguh mengerikan dan begitu mengancam warga masyarakat. Ditawan lepas itu ditikam bertubi-tubi. Dikelar-kelar anggota tubuh. Diseksa kemudian dirogol, kemudian dibunuh. Diculik tak jumpa-jumpa. Ditembak mati lepas itu diletup lagi. Masya Allah ! Sungguh menggerunkan fenomena kejadian jenayah yang berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini.


Justru itu anggota masyarakat yang bimbang dan cemas hendak mengadu kepada siapa akan perkara yang merisaukan ini ? Kepada pihak polis ? Memang kepada pihak polis tetapi keyakinan kepada pihak polis dalam usaha membenteras jenayah semakin merosot. Polis semakin sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan saman kenderaan, urusan mengawal ceramah politik, urusan pemantauan lompat parti anggota BN dan macam-macam lagi. Kes-kes yang kelihatan terpencil ini semacam terbiar. Laporan polis terhadap kes jenayah semakin menimbun, kes adik Nurul Jazlin entahlah... adik Shalinie semain jauh untuk dijumpai. Warga macsyarakat terus resah...apa dah jadi ni !?
Salah siapa jenayah begitu banyak berlaku ? Biasanya inilah persoalan awal yang bermain di pemikiran masyarakat dan mungkin juga pemimpin. Pada saya semuanya salah. Warga masyarakat salah, polis lagilah salah, dasar pendidikan negara turut bersalah. Pemimpin ? Pemimpin pun turut bersalah.
Warga masyarakat bersalah kerana terlalu mementingkan diri dan kebendaan. Polis salah kerana tidak cekap dan tidak fokus kepada tugas yang sepatutnya. Banyak tenaga kepolisian kelihatan seperti ditumpukan kepada perkara yang hanya menjaga kepentingan tertentu. Dasar pendidikan gagal mengaplikasikan nilai-nilai moral dan ajaran Islam yang syumul sebagai budaya hidup rakyat. Pemimpin sentiasa membuat dasar yang ad-hoc mengikut kepentingan politik masing-masing. Kesimpulannya kita tidak berada di dalam keadaan yang sistematik dengan dasar-dasar kekal yang mantap tetapi dalam keadaan haru biru dan tidak berfokus.
Oleh yang demikian, penyelesaian masalah jenayah ini bukan merupakan penyelesaian secara ad-hoc dengan penggubalan 1001 satu undang-undang atau kejar tembak tangkap dan lock-up tetapi lebih kepada penyelesaian masalah manusia dan kemanusiaan yang bermoral dan berintegriti. Percayalah !