Followers

Monday, December 22, 2008

Tahniah GAPENA !

Selama ini kelihatan begitu tegar menentang dasar PPSMI adalah Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat dan Individu-individu berwibawa serta NGO-NGO bukan Melayu yang mempertahankan bahasa Ibunda mereka . Pihak-pihak lain hanya menentang secara senyap-senyap dan belakang-belakang sahaja.

Sejak akhir-akhir ini dengan tiba-tiba GAPENA bersuara. Tahniah GAPENA kerana kelihatan begitu tegas dan keras dalam pendirian menentang sebarang pelanjutan Dasar PPSMI di sekolah-sekolah demi memartabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Amaran GAPENA akan menyaman kerajaan jika meneruskan PPSMI seperti yang dinyatakan oleh Ketua Satu GAPENA amat di sokong oleh seluruh pencinta bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Nampaknya GAPENA begitu garang sehingga memberi kata dua kepada Menteri Pelajaran Malaysia yang tidak perihatin dan tidak boleh diharap untuk menjaga dan mendaulatkan kembali bahasa Melayu itu.

Persoalannya, tanpa mengenepi keikhlasan GAPENA, kita yang benar-benar meletakkan harapan yang tinggi kepada GAPENA, tertanya-tanya sejauh manakah GAPENA akan bertahan dan konsisten dengan kegarangannya itu ? Perjuangan GAPENA dalam menghapuskan dasar PPSMI demi mendaulatkan kembali bahasa Melayu bukan mudah, malah ia baru bermula. GAPENA kelihatan mula membuat ancaman demi ancaman. Dan bagaimana pula sekiranya selepas ini, GAPENA berada di dalam situasi menerima ancaman demi ancaman. Berani dan bersediakah GAPENA ?

2 comments:

awangsoh said...

Tahniah GAPENA kerana menentang PPSMI yang jelas menjejaskan fungsi bahasa kebangsaan.

halipahabdulaziz@yahoo said...

Tahniah GAPENA,Teruskan perjuangan itu, ramai guru-guru subjek lain sakit hati dengan PPSMI yang menganak tirikan guru-guru yang bukan guru PPSMI kerana tak dapat 10% bayaran elaun BISP TERSEBUT. Mengajar dlm BM kelim BISP tak amanah namanya. Guru lain mengajar bagai nak lipas kudung berbengkel unuk KH, berpeluh ketiak mencegaskan fizikal murid di padang tak dapat BISP, Eloklah dihapuskan supaya ramai guru yang kurang mahir BI mengajar PPSMItu terselamat dari terus mendapat wang yang tak tau nak di katakan dengan MATLAMAT yang disasarkan....