Followers

Tuesday, November 25, 2008

Yoga punya pasal, kecoh tak tentu hala.

Apabila semua orang ingin menunjuk pandai maka semua perkara yang dilakukan menjadi kecuh dan riuh rendah. Semuanya mungkin atas alasan kebebasan intelektual. Jika riuh rendah dalam perkara-pekara bukan agama tidak mengapa kerana semua orang boleh memberi pandangan dan memang itulah yang sepatutnya malah perlu digalakkan. Tetapi apabila ia membabitkan persoalan Islam, malangnya ianya juga menjadi riuh rendah sedangkan ianya tidak sepatutnya begitu.

Kes pengharaman yoga. Kelihatannya suasana menjadi riuh rendah kerana itu. Kalau oarang bukan Islam yang riuh rendah dan kecoh kerana Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan senaman yoga itu haram kepada orang Islam, persetankan. Mereka bukan tahu apa-apa tentang Islam. Kalaupun mereka tahu itu, itu memang sebenarnya memeng sikap mereka semenjak dari zaman jahiliyyah dulu lagi. Apa yang hendak dipelikkan. Kita tangani sahaja kerenah mereka atau kita persetankan sahaja tempikan mereka.

Masalahnya orang bukan Islam tidaklah seriuh mana. Yang kecohnya yang mengaku Islam. Yang lebih menjadi sensetif kerana senaman yoga ini mungkin atau sebenarnya kerap menjadi amalan golongan elit Melayu atau elit Islam. Bagi masyarakat luar bandar atau orang kampung, orang kampung mana yang amal senaman yoga ini ? Mereka tidak ada masa untuk itu kerana sibuk dengan melayan anak cucu, menebas kebun dan membanting tulang di sawah dan di tengah laut. Kalau golongan SIS betul. Mereka orang kota metropolitan memang agaknya selalu beryoga !? Inilah yang kecoh ni.

Apa yang saya nampak fatwa majlis fatwa sudah jelas iaitu mengharamkan senaman yoga yang teratur yang mempunyai bacaan dan menteranya. Manakala senaman yoga yang tidak ada jampi, bacaan dan mentera, yang kosong, hanya gerakan, cuma tidak digalakkan sahaja. Makna dari fatwa itu senaman yoga yang teratur yang asli (asalnya-yang lengkap) adalah haram di amalkan OLEH ORANG ISLAM. Manakala yang kosong yang hanya gerakan untuk kesihatan semata-mata dan tiada niat penyatuan diri dengan tuhan adalah TIDAK DIGALAKKAN.

Dari keterangan dari Pengerusi Majlis Fatwa itu apa yang payah hendak fahamnya. Maknanya orang Islam tak usah amal yoga. Kalau hendak buat juga yang hanya pergerakan dan tiada niat penyatauan dengan tuhan atau apa-apa, berhati-hati dan jaga aqidah kamu baik-baik.

Kalau sudah semua hendak tunjuk pandai itulah jadinya, semua bercakap. Pandangan ahli agama semua tak mahu dengar, dengarlah pandangan si jahil. Ada pula ahli agama beri pula pandangan yang bertentangan melalui media massa. Apa ni ? Walaupun mungkin pandangan itu betul, apa sudah tidak ada saluran yang rasmikah untuk menyatakan pandangan kontra hingga mampu lagi menaik tocang golongan jahil ni ? Gunakanlah mesyuarat mufti atau menyuarat rasmi atau pergi panjat tangga JAKIM tu berdebat dengan JAKIM bukan bercakap dengan media yang hanya tahu memanipulasi isu tu. Nampak cerdik tapi bodoh !

Malu Islam kalau macam ni. Nak buat fatwa senaman yoga bukan susah sangat tapi bergegar satu Malaysia macam yoga tu benda besar sangat. Apara !! Pemimpin-pemimpin UMNO relek je sebab mereka bukan kisah orang amal yoga macam manapun !

1 comment:

wahab said...

Ramai lagi yang tak faham. Bila Majlis Fatwa kata haram, haramlah. Apa yang nak dpersoal lagi?

Yang bukan Islam tu memang sah tak faham. Kena terimalah bila Majlis Fatwa kata haram. Yang Islam pun tak faham juga?

Kenapa pengharaman yoga untuk umat Islam dipertikai? Tapi tidak pula dipertikai tentang pengharaman,
judi, arak.

Dah sah judi dan arak tu haram, buat juga, minum juga. Penkid tu haram, buat juga. Bila yoga tu diharamkan, kalau nak beryoga, lantaklah. Tapi bila difatwa haram, tetap haram. Jika orang Islam beryoga juga tanggunglah sendiri.

Itu pun tak faham.