Followers

Monday, November 03, 2008

Bakhil....bakhil !!

Turun harga beras sebanyak 20 sen adalah tindakan tidak ikhlas. Bukan tidak bersyukur, tetapi apa alasan lagi, hinggakan tidak boleh turunkan harga beras lebih besar dari itu ? Rakyat bukan beli beras setiap hari. Jadi dimanakah rakyat hendak merasai yang harga beras semakin murah ? Sebenarnya tidak terasa apa pun. Sebab itu saya kata tidak ikhlas.
Beras adalah makanan utama rakyat. Apa salahnya turunkan harga beras dengan penurunan yang menampakkan harga beras memang sudah menjadi murah. Kalau harga gandum turun 20 sen okaylah juga. Ini beras makanan asasi semua akyat Malaysia. Begitu juga kalau harga ayam mahal, pastikanlah harga ikan murah atau sebaliknya. Ini bermakna, rakyat ada pilihan. Ikan mahal beli ayam. Ayam mahal beli ikan. Gandum mahal beli beras. Beras mahal, gandum mestilah benar-benar murah ! Ini tidak semuanya mahal belaka.
Yang peliknya Pak Lah cukup bangga dengan dasar pertaniannya sewaktu berucap di Sabah kelmarin tetapi harga beras zaman Pak Lah lah paling mahal. Logiknya harga beras dalam zaman dasar pertanian diutamakan haruslah murah. Rupa-rupanya tidak, semakin mahal ! Begitulah bakhilnya Tok Pa.
Dato' Shahril pula umumkan hypermarket setuju turunkan harga barang. Baguslah tu, kat kampung saya ada sepuluh buah hypermarket ! Makcik pakcik dekat kampung saya setiap hari membeli dekat hypermarket! Terima kasih Dato Shahril !

No comments: