Followers

Saturday, November 08, 2008

Teruklah kalau macam ni...

Apabila kita telah hilang kredibiliti, atau integriti kita di persoalkan, kita sepatutnya berusaha untuk memulihkan kembali kredibiliti dan integriti kita. Ini merupakan tugas utama yang perlu menjadi fokus. Sudah pasti untuk mendapat kedua-duanya itu kembali kita mesti bersikap telus dan terbuka kepada sebarang kritikan dan pandangan. Bukan bersikap bodoh sombong, ego tidak bertempat dan menutup semua itu.
Apa yang dapat kita perhatikan secara jujur, kerajaan yang di perintah oleh BN/UMNO telah banyak melakukan kesipalan teknikal, perundangan dan dan semangat perundangan itu sendiri. Apa yang berlaku dan dilakukan ini jika terus menjadi amalan kerajaan BN/UMNO sudah pasti akan merusakkan sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Kita lihat baru-baru ini pembentangan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM7 bilion yang dibentang oleh, yang dikatakan bakal Perdana Menteri, menjadi tidak ada apa-apa dan tidak bermakna kerana tidak mengikut peraturan membuat pindaan seperti yang dinyatakan dalam perkara 66(15) yang menyatakan pindaan dikehendaki diberitahu sekurang-kurangnya dua hari dan ada usul diedarkan.
Peruntukan 2009 perlu diluluskan untuk mengurus ekonomi. Tetapi yang sah dibincangkan di parlimen ialah belanjawan Pak Lah yang telah lari jauh keupayaan untuk menangani krisis ekonomi yang dijangkakan lebih teruk pada tahun 2009 nanti. Nampaknya angka belanjawan Pak Lah menjadi asas peruntukan 2009 yang diperdebatkan untuk dluluskan dalam persidangan parlimen sekarang. Habis angka RM 7 billion tu untuk apa dibacakan dengan begitu bersemangat pada hari itu ?
Sebab itu dikatakan tadi, jangan biarkan ego mengheret kepada permasalahan, prosedur dan peraturan dilanggar begitu sahaja. Ini jelas mengajar rakyat agar buat kerja tidak ikut prosedur atau peraturan. Rakyat nampak perkara ini, kamu sedang berusaha memulihkan kredibiliti dan integriti kamu dalam pelbagai hal, sebaliknya apa yang berlaku kamu dengan sengaja terus merusakkan kredibiliti dan integriti kamu! Mampukah pulihkan itu semua kalau macam ini gayanya ??
Satu lagi masalah hakim-hakim yang di,bayar ex-gratia itu. Dulu kata pecat dan heboh diuar-urakan pecat sampai tubuh Suruhanjaya Diraja, tapi hari ini, Nazri kata mereka diminta bersara awal!
Tak kiralah pecat ke atau bersara awal tapi biarlah betul-betul. Pecat, pecat. Bersara awal, bersara awal. Biar jelas jangan berputar-putar ! Ikut prosedur dan peraturan dari mula tindakan sampai ke akhirnya.
Apa yang rakyat nampak sekarang, pemerintah yang ada hari ini sombong dan main langgar ikut dan sahaja. Kini sudah ramai rakyat yang berkata undang-undang di tangan dia, dia boleh buat apa sahaja ikut suka dia. Apa makna itu ? Maknanya memang sudah tidak berkredibiliti dan berintegriti langsung.

No comments: