Followers

Wednesday, November 12, 2008

Shahrizat Jalil Mula Kepanasan.

Shahrizat sudah mula kepanasan. Beliau yang pada mulanya dilihat sebagai satu-satunya tokoh wanita UMNO yang popular untuk mengganti Rafidah kini benar-benar berada di dalam keadaan yang sangat tidak selesa apabila Rafidah berkeras mahu peralihan kuasa pada bulan Jun. Di sinilah liciknya Rafidah. Bulan Mac dan Jun bukanlah jarak yang jauh. Untuk apa lagi perlu Rafidah bertanding tetapi rupanya ada perangkap yang dipasang dan siapa yang akan terkena perangkap itu?
Apa yang kelihatan, perangkap itu seolah-olah disasarkan kepada Shahrizat yang kalah dengan Nurul Izzah dalam Pilihan Raya yang lalu.
Sebaik Shahrizat bersetuju atau terpaksa akur dengan keputusan Rafidah dan exco-exconya untuk kekal dengan tarikh peralihan kuasa yang asal, Kamalia terus menyatakan hasrat untuk bertanding Naib Ketua wanita. Shahrizat sudah kepanasan yang teramat sangat.
Untuk menentang Rafidah gelombang cukup besar, lagi pun sudah bersetuju dengan keputusan mesyuarat wanita tempoh hari. Berharap untuk menang tanpa bertanding di jawatannya sekarang sebaliknya Kamalia setakat ini masih berkeras untuk bertanding jawatan itu dan Tun Mahathir mula bersuara mengatakan jawatan-jawatan Ketua dan Naib Ketua wanita elok dipertandingkan. Kamalia sudah mendapat sokongan moral.
Persoalan besar bagi Shahrizat sama ada mempertahankan jawatan dengan ditentang oleh Kamalia atau melanggar keputusan mesyuarat exco wanita untuk menentang Rafidah ? Yang mana pilihan hati !.
Alangkah hebatnya dan pasti mendapat sanjungan jika Shahrizat mampu kalahkan Rafidah yang agak 'brutal' itu. Bagaimana kalau Shahrizat kalah? Maka melepaslah Shahrizat untuk menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO. Masa depan politik Shahrizat hanya akan bergantung kepada ihsan Najib sedangkan Najib sudah menyatakan dia tidak mahu campur urusan wanita.
Risiko terlalu besar jika berdepan dengan Rafidah. Kemungkinan Shahrizat mempertahankan jawatannya untuk ditentang oleh Kamalia. Melihat kepada pencalonan kemungkinan Shahrizat menang adalah cerah. Tapi bagaimana jika Shahrizat kalah ? Fuh...Shahrizat benar-benar dalam kepanasan !

No comments: