Followers

Tuesday, November 11, 2008

Pengerusi SPR baru; Tahniah !

Adalah menjadi harapan yang besar rakyat Malaysia, agar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang berkuatkuasa 31 Disember ini, dapat melaksanakan tugas dengan baik, berintegriti dan adil kepada semua parti-parti politik. Suka tidak suka, kenal tidak kenal, kehadiran beliau sebagai orang yang diamanahkan untuk mengetuai SPR memang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat. Rakyat terbanyak benar-benar telah bosan dengan apa yang pernah berlaku atau dilakukan oleh bakal mantan pengerusi SPR. Bakal mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman terlalu banyak merosakkan imej dan integriti sistem pilihan raya-pilihan raya di Malaysia.
Sikap takut dan akur membabi buta kepada pemerintah yang telah hilang pertimbangan menjadikan kuasa politik Islam dan Melayu sangat terancam akibat dari beberapa tindakan pak turut yang telah menghilangkan wibawa SPR.
Dari kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihanraya yang banyaknya macam tidak munasabah, daftar pemilih yang penuh dengan arwah-arwah dan hantu-hantu, isu penggunaan dakwat hitam, isu kos kempen pilihanraya yang memang sangat berat sebelah, isu penyalahgunaan hak kerajaan sebagai jentera pilihanraya, isu deposit pilihanraya, isu sejauh mana peranan caretaker government dalam tempoh pilihanraya dan macam-macam lagi yang akhirnya menjadi Tan Sri Rashid menjadikan dirinya menyakitkan hati rakyat dalam saat-saat hujung kerjayanya !
Adalah diharapkan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mampu meletakkan SPR di tahap wibawa dan integriti yang cukup mulia menjadi sanjungan dan ingatan manis seluruh rakyat. Persoalannya apakah harapan ini hanya sebuah utopia ; Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dua kali lima, lima kali dua dengan Tan Sri Rashid Abdul Rahman atau lebih 'busuk' lagi ??

No comments: