Followers

Monday, November 03, 2008

Kepimpinan yang penuh keegoan.

Yang dikatakan bakal Perdana Menteri, telah memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Maknanya dialah bakal Presiden UMNO menjelang Perhimpunan UMNO Mac nanti. Pak Lah dah bersetuju untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada yang dikatakan bakal Perdana Menteri itu.
Dan yang dikatakan bakal Perdana Menteri itu sejak Pak Lah setuju tarikh peralihan kuasa dari 2010 ke Mac 2009, telah menunjukkan gaya yang dia adalah bakal Perdana Menteri. Dia dah mula bercakap tentang visi dan misi dia. Antaranya yang memeranjatkan ialah meniru idea Anwar Ibrahim. Anwar kata DEB dah tak relevan kerana hanya mengayakan kroni UMNO.BN sahaja, maka dia kata dian nak hapuskan unsur-unsur DEB beransur-ansur tapi dalam tempoh yang sudah tidak lama lagi. Bunyi macam tak sama tapi tetap serupa.
Masa Anwar bercakap tentang nak tukar DEB dengan dasar lain yang lebih adil, sakit perut habis penyokong pengampu UMNO membelasah Anwar sebagai agen Amerika dan Yahudi. Betapa kudusnya mereka dalam perjuangan membela nasib umat Melayu! Tetapi pelik juga apabila yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia itu nak hapuskan unsur-unsur DEB secara beransur-ansur tapi dalam tempoh yang sudah tidak lama (agen apa pula ni agaknya ), termasuk habis kepala pahlawan cangkul Melayu UMNO, bagaikan kepala kura-kura, senyap, sunyi, kelu dan bisu semuanya. Malah ada yang memuji. Apa bezanya dengan apa yang Anwar cakap? Nampak sangat mengampu pahit !
Anwar kata belanjawan yang Pak Lah bentang sudah tidak relevan dan perlu dibentangkan semula belanjawan alternatif yang lebih relevan dengan keadaan ekonomi semasa. Semuanya sergah Anwar terutama Mahyuddin Yasin. Jangan sibuk, belanjawan ada urusan kerajaan, Anwar tidak perlu menasihat kerajaan, lebih kurang begitulah sergah Mahyuddin. Yang yang dikatakan bakal Perdana Menteri nak bentang pada 4 November tu apa ? Tidakkah itu pembentangan belanjawan alternatif, sebut je lain. Macam buah tembikai dengan buah timun cina. Go tu jugok !
Dulu masa debat Anwar - Subre Chik, Anwar kata harga minyak boleh diturunkan, Subre kata tak boleh. Akhirnya Datuk Shahril turunkan juga harga minyak. Hendak turun banyak terasa macam mengikut idea Anwar maka turunkan lah sikit-sikit.
Anwar pernah memberi nasihat, belanjawan perlu dikaji semula sebagai mekanisma menghadapi kemelesetan ekonomi global dan tempatan. Yang dikatakan bakal Perdana Menteri berkata Malaysia tidak akan terjejas dengan kesan ekonomi global. Rakyat yang memahami dan prihatin kecuali rakyat yang dipelihara UMNO, sebenarnya sangat risau kerana setakat hari ini apa yang Anwar cakap banyak yang betul dan betul-betul terjadi.
Inilah gaya kepimpinan parti yang sudah berusia 61 tahun ini. Pantang ditegur. Penuh dengan keegoan. Atau dalam bahasa lain bodoh sombong .

No comments: