Followers

Thursday, November 06, 2008

Ke manakah Ku Li selepas ini atau akan masih di situ ?

Sebagai orang luar, saya berpendapat tokoh yang sebenar-benarnya mampu mengembalikan era kemegahan UMNO ialah Ku Li. Beliau seorang tokoh UMNO yang terbuka dan penuh pengalaman. Begitu hebatnya kebangkitan Petronas di zaman beliau. Dan beliau merupakan antara Menteri Kewangan Malaysia yang hebat.

Tetapi saya pelik tokoh yang seperti ini ditolak oleh UMNO. Beliau hanya memperolehi satu pencalonan setakat ini untuk jawatan Presiden UMNO. Jika kita mengambil jalan dan perkiraan yang jujur, kita tidak faham atas asas apa, orang-orang UMNO menolak tokoh yang sebenar-benarnya mampu mengembalikan UMNO kepada perjuangan asal yang relevan dengan tuntutan poltik semasa.

Beberapa hari lepas orang kuat Ku Li, Dato' Kamal Hijaz menyatakan bahawa Ku Li tidak mendapat pencalonan kerana Ku Li enggan melayan tuntutan pelobi kempen UMNO untuk memberi wang sogokan agar beliau mendapat pencalonan. Boleh kita katakan betapa mulianya prinsip perjuangan tokoh ini untuk memanjat tangga hiraki kepimpinan UMNO beliau menolak politik wang. Tetapi sekali lagi saya katakan dalam orang-orang UMNO mengatakan perjuangan UMNO adalah tulus, akar umbi UMNO tetap menolak Ku Li ?

Apa maksud semuanya ini?

Bagi saya, semua ini memberi maksud, beradanya Ku Li dalam UMNO tidak akan lagi berada di arus perdana kepimpinan tetapi akan mulai didorong masuk ke dalam kategori tokoh-tokoh seumpama Teng ku Ahmad Rethaudeen, Dato Aziz Tapa, Aishah Ghani dan lain-lain. Saya tidak terkejut jika selepas ini Ku Li mungkin akan dilantik menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin UMNO bagi mengganti Tengku Ahmad Rethaudeen pula. Apakah Ku Li akan rasa bahagia untuk berada dalam kategori ini di waktu Ku Li sebenarnya masih dituntut keupayaannya berpolitik untuk bangsa, agama dan negara secara lebih berkesan dan menonjol di peringkat perdana?
Jika itu yang Ku Li pilih maka itulah yang akan terjadi !

Atau selepas ini Ku Li akan membuat perkiraan politik baru yang lebih memberi ruang kepadanya untuk beraksi di arus perdana gerakan rakyat ? Sama-sama kita saksikan.

No comments: