Followers

Tuesday, November 04, 2008

Ikhlas ke perjuangan ketuanan melayu UMNO ?

Dalam surat khabar sehari dua ini sibuk dan riuh pasal konsep ketuanan Melayu. Ramai yang merasakan mereka itu 'pendekar-pendekar Melayu' menunjukkan silat pulut masing-masing yang akhirnya selepas berbunga-bunga bersilat, tetap suap pulut ke mulut sendiri juga. Orang Melayu yang menonton, terus putih mata ( beleh biji matalah). Inilah perjuangan Melayu selepas era Tun Hussein. Semasa era Tun Razak dan Tun Hussein dulu, nampaklah juga perjuangan untuk memartabatkan tamadun Melayu.

Dalam pertembungan konsep ketuanan Melayu ini, saya tidak menyokong mana-mana pihak sama ada pihak zaid mahupun pihak pendekar-pendekar mustar UMNO tu, tetapi kalau difikir rasanya zaid lebih ikhlas dalam memperkatakan hal ini. Ada betul juga kata-kata zaid tu. Ini adalah kerana peluang sudah lama diperolehi oleh UMNO untuk bekerja demi Melayunya tetapi bangsa Melayu yang UMNO pimpin semakin lemah. Apa bukti semakin lemah ? Banyak buktinya kalau kita bersikap ikhlas menilainya.
Dari segi ekonomi, di mana hendak dibanggakan akan pencapaian orang Melayu ? Tunjukkan mana ada hypermarket Melayu ? Di bandar-bandar besar dan kecil, papan tanda premis perniagaan yang banyak ternampak tulisan berbentuk halia. Ladang-ladang dan kebun-kebun komersial ramai dimiliki oleh saudagar-saudagar cina. Ekuiti ekonomi Melayu, nak bercakap pun naik menyampah .
Dalam bidang sosial, di mana hendak dibanggakan pencapaian Melayu kalau setiap hari dalam surat khabar hanya tersembul berita-berita penceraian pasangan suami isteri Melayu, satu remaja Melayu di rogol beramai-ramai oleh remaja lelaki Melayu, warga emas Melayu gila kepada bini orang Melayu, dan macam-macam cerita yang tidak seronok untuk diceritakan. Kalau kitakan juga nanti, marah dek orang pula...apa ni asyik kutuk Melayu je ni ? Awak tu tak Melayu ke ?
Betullah aku Melayu tetapi aku hendak cakap kalau selama ini ketuanan Melayu yang ada ini berjaya melahirkan Melayu yang seperti aku sebutkan kat atas tu, baik tak payah !!
Dalam politik apa yang hendak dibanggakan. Buat pilihanraya guna pengundi hantu. Media dia pulun semua. Berkempen guna duit, jentera kerajaan dan kakitangan kerajaan. Dulu kawasan pilihanraya benar-benar menggambarkan kuasa politik Melayu. Tapi apa sudah terjadi kepada kuasa politik Melayu selepas pilihanraya 1999 ? Kerana itu semua, sekarang kuasa politik Melayu ibarat telur dihujung tanduk. Dalam pada begitu tu, dengan rasa tidak malunya bercakap lagi pasal ketuanan Melayu. Aparah !!
Jangan marahlah kalau aku tetap sokong apa yang Tuan Guru Haji Hadi katakan. Melayu ke, apa ke, Islam tetap perlu dipastikan dominan di negara ini. Kalau tidak, hancur Melayu. Tengoklah setakat hari ni semenjak UMNO tolak Islam yang syumul apa jadi pada Melayu ? Dah lah tembak, letupnya lagi !! Lepas tu semua tak mengaku.
Ingatlah kita semua, Islam tidak berhajat kepada Melayu tetapi Melayu tu yang sangat-sangat berhajat kepada Islam kerana Islam lah jati diri Melayu bukan baju Melayu dan lagu-lagu Melayu ! Kalau tak faham konsep ini jadilah macam Pak Lawak dari Utagha...kutuk konsep ketuanan Melayu, kena bertaubat ! Buat Islam had hari dan sembah tugu negara, tak payah disuruh taubat ! Pandir !

No comments: