Followers

Friday, November 21, 2008

Akar umbi - akar umbi !

Kan betul ! Hari ini dalam akhbar semua memuji tindakan Shahrizat bertanding sebagai bijak dan tepat kerana itu adalah keputusan dari akar umbi. Esok Rafidah pula akan keluar kenyataan dia akan mempertahankan jawatan dan dia buat keputusan begitu kerana desakan dari akar umbi. Datuk Kemilia hari itu buat keputusan bertanding Naib Ketua Wanita pun kerana kehendak akar umbi.
Teruklah akar umbi UMNO ni, tiada kerja lain, asyik hendak melaga pemimpin sahaja. Kesian pemimpin mereka kerana bersusah payah terpaksa bertanding ! Kalau pemimpin yang bertanding menang nanti, lagi pening kepala kerana terpaksa memegang jawatan menterilah, senatolah dan macam-macam. Akar umbi relek saja senang-lenang duduk di rumah !
Memang betullah kalau parti tu rusak sebenarnya bukan salah pemimpin-pemimpin yang sedang berebut tu, tapi sebenarnya akar umbi yang salah !!

1 comment:

rida said...

Saya memang bersetuju dengan pendapat garam lada. Orang Umno memang perangai macam tu. suka melagakan pemimpin mereka.

Lebih kelakar lagi baru hari inilah ketua pondan UMNO bersuara. Pelikkan? Setelah Sharizat buat kenyataan nak cabar Rafidah barulah Ketua Pondan UMNO itu bersuara. kenapa tak keluar kenyataan lebih awal yang mengatakan bahawa pertandingan itu bagus untuk kuatkan wanita (untuk memantapkan parti).

Pertandingan kuatkan Wanita - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pengesahan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu dan melawan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz akan menjadikan sayap parti itu bertambah kuat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertandingan itu menunjukkan UMNO sedang melalui proses pendemokrasian yang tidak pernah dilihat sejak penubuhannya.

Menurut beliau, pertandingan yang wujud adalah berasaskan kehendak di peringkat akar umbi dan membuktikan keputusan itu diterima dengan hati terbuka, ikhlas serta jujur.

''Saya yakin Rafidah dan Shahrizat mampu mengharungi pertandingan merebut jawatan utama Pergerakan Wanita dalam konteks yang positif,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta kedua-dua calon yang akan bertanding jawatan ketua sayap tersebut Mac depan, tidak menjadikan persaingan itu untuk membalas dendam.

Konklusinya, UMNO memang ramai pemimpin yang bacul untuk membuat keputusan dan kenyataan yang berani dan telus demi memantapkan parti mereka. Dengan lain perkataan UMNO ialah parti "PERUTISME".