Followers

Friday, October 10, 2008

Politik haru biru UMNO

Memang untuk menguruskan kehidupan manusia perlu berpolitik. Tetapi teruruskah kehidupan kita jika cara berpolitik begitu bernafsu-nafsi? Sibuk mengejar dan berebut kedudukan pangkat dan kuasa. Rakyat yang memberi mandat dan mengharapkan perkhidmatan terbaik untuk mereka, sudah tidak diendahkan dan tidak menjadi fokus lagi. Semuanya bercakap soal perjuangan tetapi percakapan yang penuh dengan kata-kata yang tidak memberi erti apa-apa melainkan beretorik belaka.
Orang ini kata perjuangannya adalah untuk memupuk perpaduan antara pelbagai kaum. Orang itu pula berbicara soal perjuangan bangsa Melayu. Orang di Melaka pula akan berjuang agar parti menguasai kerajaan. (Apakah selama ini tidak berlaku?). Orang di Johor mahu memperkasakan kembali parti. Semua sedap bunyinya. Apabila berada dipuncak kuasa matlamat menimbun harta menjadi keutamaan. Bina rumah di Gold Coast. Beli kereta mewah. Hantar anak belajar di luar negara dan ajar anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Orang-orang yang merebut kuasa kini, apabila berkuasa nanti akan menjadi penasihat 20% pula. Akibatnya agihan ekonomi bangsa yang konon katanya diperjuangkan tidak ke mana. Itulah realitinya apabila mereka berada dipuncak kuasa.
Pedulikah mereka nasib rakyat. Paling banyak rakyat yang bodoh-bodoh akan dapat ratus-ratus ringgit sahaja setahun. Harga minyak hendak diturun pun susah. Macam-macam alasan diberi. Harga barang dapur dan barang kleperluan lain tidak berganjak langsung. Makin naik, ya. Mungkin yang agak turun sedikit harga barangan plastik. Rakyat makan plastik belaka !! Tapi yang peliknya Menteri kata tak naik. Ya lah Malaysia ini agaknya, hanya Kuala Lumpur sahaja.
Kita tidak akan menang lawan bertengkar dengan mereka. Mereka pandai memanipulasi isu dan bijak bagi alasan.... itulah inilah. Bila kita bagi tahu, ada anak-anak rakyat yang terbeban dengan PTPTN dan ramai yang hidup melarat di IPTS, mereka yang berkuasa kata kita manjakan anak, kita tipu mereka, kita bagi fakta yang tidak betul, kita boros, kita salah kira, kita tak berjimat, kita tidak bersyukur dan seribu satu macam keluar hujah dari mereka yang kini sedang berebut kuasa. Hanya mereka yang pandai memperkatakan nasib rakyat. Rakyat sendiri tidak boleh kerana rakyat tak pandai. Pandangan rakyat semuanya tak betul.
Siapa peduli nasib rakyat. Kita kata ramai rakyat yang susah. Mereka yang sedang berebut kuasa kata kita bohong. Ini Malaysiakan ? Mana ada rakyat yang susah. Bagi mereka di namakan susah itu bila berupa seperti orang Afrika yang kebulur, jika tidak tidak susahlah tu!! Cakap tu biar ada fakta sergah mereka. Tengok rumah-rumah besar di luar bandar, tengok, sudah banyak kereta di jalan raya, tengok, sudah banyak televisyen di rumah-rumah, tengok sudah cantik segak pakaian rakyat sekalian. Itulah ukuran mereka.
Siapa pedulikan rakyat. Siapa kesah, rumah rakyat, rakyat pinjaman duit bank. 10 - 20 tahun lagi baru habis hutang. Kereta yang banyak di jalan raya, mereka yang berebut kuasa rupanya tak tahu. Disangka itu kereta rakyat. Mereka bukan ambil kesah pasal rakyat, mereka tak kesah bahawa kereta yang rakyat pakai itu kereta finance. Hanya kereta buruk-buruk sahaja kereta rakyat. Rakyat Melayu terutamanya.
Sejak penswataan dilaksanakan siapa kesah rakyat terpaksa membayar bil-bil yang tinggi. Tak bayar rumah rakyat akan gelap, perkhidmatan telefon akan diputuskan, meter air akan dikunci.
Ini bukan persoalan kebajikan tetapi ini adalah persoalan tanggungjawab rakyat membayar kata mereka. Jangan merugikan negara !
Mereka yang sedang berebut kuasa buat apa sahaja tidak apa. Tidak merugikan negara. Anak bersekolah di luar negara, tidak merugikan negara. Beli perhiasan rumah di luar negara, tidak merugikan negara. Guna kereta mewah. Rumah bagaikan istana. Hantar ramai-ramai wakil rakyat belajar pertanian di Taiwan dalam bulan puasa tak apa.
Begitulah kita. Nampaknya keadaan rakyat Malaysia tidak akan terbela selagi UMNO/BN memerintah walau siapapun Perdana Menteri. Dengar cerita bakal Perdana Menteri Malaysia selepas bulan Mac 2009 nanti lagilah merunsingkan rakyat. Ya lah macam sekarang ini....heboh kita dengar penasihat, orang tingkat empat....orang tingkat empat ! Manalah tahu kot-kot nanti orang di rumah...orang di rumah ! Persoalannya, agaknya bolehkah bakal Perdana Menteri Malaysia nanti bertukar menjadi zuhud. Diri sendiri dan keluarga dikemudiankan dan rakyat diutamakan. Semoga begitulah hendaknya. Ehem...kita lihatlah nanti !! Tengah-tengah hendak bertanding ni, pujilah terus, jangan tak puji.
Semoga tidak berlaku, tradisi membela rakyat menjadi tragedi menekan rakyat.

No comments: