Followers

Thursday, October 23, 2008

Tetap tidak akan ada perubahan walau pemimpin UMNO berubah !

Pertandingan dalam menduduki jawatan UMNO cukup hebat. Peralihan kuasa kepada kepimpinan baru UMNO akan berlaku. Tetapi sukar diramal akan berlaku perubahan dari aspek integriti, ketelusan, keluhuran perlembagaan, keadilan yang merakyat, kesaksamaan kehakiman dan sebagainya.

Mana mungkin perkara-perkara di atas boleh dijamin berlaku kerana acuan pemikiran para pemimpin UMNO yang ada sekarang dengan yang bakal mengganti adalah acuan yang sama. Acuan sekular ! Acuan yang sanggup menghalalkan cara. Acuan ekonomi kapitalis yang ganas yang mampu menjarakkan terus jurang kemiskinan dan kekayaan.

Ini bukan tuduhan tetapi inilah merit yang ada pada hari ini yang boleh dijangka apa yang berlaku dimasa akan datang jika sekikranya puak-puak ini masih menduduki kuasa pemerintahan.

Percayalah persoalan AKHLAQ, AMANAH dan INTEGRITI pemimpin-pemimpin tidak akan selesai-selesai. Mana hendak selesai jika pelbagai isu terus menyesakkan pemikiran rakyat seperti kes altantuya, kes sukhoi, kes eurocopter, kes-kes projek mewah ketika ekonomi meleset, kes-kes fitnah, pemborosan keluarga pemimpin dan sebagainya lagi.
Apakah jaminan atau asas yang hendak dipegang oleh rakyat bahawa hal-hal atau kes-kes yang seumpama ini tidak akan berlaku lagi ? Sesungguhnya tidak ada !

No comments: