Followers

Saturday, October 25, 2008

Pengurusan yang sewenang-wenang

Risau. Risau melihat gaya dan cara pengurusan kerajaan UMNO/BN yang tidak bertanggungjawab ini. Sikap menafikan keadaan ekonomi negara yang semakin tenat seolah-olah menafikan keupayaan rakyat berfikir dan menilai. Untuk mengatakan kerajaan memperbodohkan rakyat, mungkin itu agak keterlaluan. Tetapi sikap mengganggap rakyat tidak tahu apa yang berlaku, itulah yang ada dalam pemikiran para pemimpin negara kita sekarang dan itulah yang berlaku.

Apakah ertinya ini apabila Menteri Kewangan yang juga katanya bakal Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah rm 5 billion kepada ValueCap Sdn Bhd (sebuah anak syarikat di bawah Khazanah Holding) untuk menyokong pasaran saham tempatan ? Tidakkah ini bermakna ekonomi teruk dan kritikal ? Kalau tidak kenapa mesti menggunakan wang tabungan titik peluh rakyat yang dilaburkan untuk hari tua mereka?

Bertambah risau kita melihat pemborosan ini, dalam satu perbahasan di parlimen baru-baru ini YB Mahfuz mendedahkan majlis rumah terbuka aidil fitri 2007 Perdana Menteri dan Menteri Kabinet bernilai RM 4 juta dan diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri peruntukan itu ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri. Jika peruntukan Jabatan Perdana Menteri tidakkah itu bermakna perbelanjaan majlis hari raya PM dan Menteri Menteri kabinet yang mewah itu ditanggung oleh rakyat?

Salahkah rakyat sekiranya meluat dan menyampah dengan sikap kerajaan UMNO/BN dalam pembelian Eurocopter yang bernilai RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion?

Dalam keadaan rakyat sudah peka dan prihatin dengan apa yang berlaku, kerajaan UMNO/BN masih lagi bersikap sewenang-wenang dalam berbelanja. Kenapa ?

No comments: