Followers

Saturday, October 11, 2008

Kenapa harga barang tidak turun ?

Mengikut laporan akhbar hari ini, harga minyak mungkin boleh turun ke paras harga 1.92 sen seliter. Jika ini benar-benar berlaku kenapa harga barang tidak turut turun ?

Sejak harga minyak turun 25 sen harga barang tetap macam itu malah di kebanyakan tempat harga sesuatu barangan semakin naik. Kita merasa pelik dan tertanya-tanya apakah tiada mekanisma yang beroutoriti mampu digunakan oleh kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan di premis-premis perniagaan atau ada pihak lain yang lebih berkuasa dari kerajaan UMNO/BN yang menentukan naik turun harga barang ?
Satu yang agak merisaukan ialah di kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan tinggi, harga barangan lebih terkawal tetapi di kawasan-kawasan taraf sosio-ekonomi rakyat rendah harga barangan keperluan agak mahal malah ada kalanya terlalu mahal. Pihak kerajaan seharus memandang serius persoalan ini dan tidak perlu asyik memberi alasan masalah ekonomi global lagi.
Kita bimbang kalau-kalau ada "kerajaan ekonomi" yang sebenarnya lebih berkuasa dari kerajaan politik (UMNO/BN) dalam menentukan urusan perniagaan barangan keperluan rakyat di negara ini. Kalau begini apakah nasib golongan rakyat miskin dan berpendapatan rendah dan yang berpendapatan sederhana yang mempunyai tanggungan yang ramai ? Apakah fenomena miskin terus miskin, kaya semakin kaya akan terus membarah di negara ini ?

No comments: