Followers

Thursday, October 23, 2008

Dalam keadaan kuasa Melayu semakin terhakis, UMNO masih mampu buat kelakar !?

Jika dalam Pilihanraya ke 13 nanti masih adalah lagi orang Melayu yang mahu menyokong UMNO, adalah suatu yang sangat pelik. Peliknya ialah apakah asas pemikiran dan pertimbangan sehingga sanggup mengundi UMNO yang sudah tidak tahu apa yang benar dan apa yang salah. Terlalu ego sehingga tidak bleh menerima teguran. UMNO kini mengidap 'sindrom aku sempurna' yang sangat dahsyat.
Pertelingkahan terbaharu antara Dr Rais dan Shahidan Kassim antara yang menceritakan betapa buruk dan hilang panduannya UMNO. Dr Rais dengan nada kecewa mencadangkan agar pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu bertanding kena buka tender untuk menang. Hari ini Shahidan awal-awal hendak tender Dr Rais dengan pemulaan RM1. Bagi Shahidan kononnya kenyataan Dr Rais sangat menghina pemimpin-pemimpin UMNO, jadi Shahidan hina balik Dr Rais.
Nak kata kelakar, mereka tu 'bergaduh'. Nak kata tak kelakar, memang kelakarpun! Pemimpin UMNO ni, bukan fikir tentang survival orang Melayu, jauhlah untuk fikir tentang Islam tapi hanya tahu fikir tentang ego keUMNOannya dan masih pandai buat kelakar dalam keadaan kuasa orang Melayu yang katanya didokong oleh UMNO, tercabar dan semakin terhakis. Inilah wajah UMNO.
Dr Rais cuba mengkritik diri sendiri agar diri yang lupa itu sedar, tiba-tiba muncul pula yang tak sedar diri mengkritik Dr Rais. Inilah penyakit UMNO, kritik orang lain tak cukup mulut, asalkan jangan kritik diri sendiri. UMNO sebenarnya parah dilanda sindrom "aku sempurna".
Sebenarnya, kes ini sepatutnya sudah cukup untuk memberi alasan yang kukuh, seluruh orang Melayu apatah lagi orang Islam untuk menolak UMNO yang parah dengan ' Sindrom aku sempurna' itu. Semoga orang Melayu terus berhati-hati agar jangan terjun dengan si luncai dengan labu-labunya !

No comments: