Followers

Sunday, September 14, 2008

Peningkatan Kadar Jenayah Membimbangkan

Sebut sahaja jenayah kebanyakan warga masyarakat akan berasa tidak selamat. Sama ada jenayah yang berlaku itu bersifat atau disebut, jenayah biasa atau kejam, ringan atau berat, ianya tetap merisaukan seluruh anggota masyarakat. Kejadian jenayah jelas mengganggu keselamatan nyawa diri dan keluarga serta ketenteraman warga masyarakat.


Sejak akhir-akhir ini kejadian jenayah kejam sungguh mengerikan dan begitu mengancam warga masyarakat. Ditawan lepas itu ditikam bertubi-tubi. Dikelar-kelar anggota tubuh. Diseksa kemudian dirogol, kemudian dibunuh. Diculik tak jumpa-jumpa. Ditembak mati lepas itu diletup lagi. Masya Allah ! Sungguh menggerunkan fenomena kejadian jenayah yang berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini.


Justru itu anggota masyarakat yang bimbang dan cemas hendak mengadu kepada siapa akan perkara yang merisaukan ini ? Kepada pihak polis ? Memang kepada pihak polis tetapi keyakinan kepada pihak polis dalam usaha membenteras jenayah semakin merosot. Polis semakin sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan saman kenderaan, urusan mengawal ceramah politik, urusan pemantauan lompat parti anggota BN dan macam-macam lagi. Kes-kes yang kelihatan terpencil ini semacam terbiar. Laporan polis terhadap kes jenayah semakin menimbun, kes adik Nurul Jazlin entahlah... adik Shalinie semain jauh untuk dijumpai. Warga macsyarakat terus resah...apa dah jadi ni !?
Salah siapa jenayah begitu banyak berlaku ? Biasanya inilah persoalan awal yang bermain di pemikiran masyarakat dan mungkin juga pemimpin. Pada saya semuanya salah. Warga masyarakat salah, polis lagilah salah, dasar pendidikan negara turut bersalah. Pemimpin ? Pemimpin pun turut bersalah.
Warga masyarakat bersalah kerana terlalu mementingkan diri dan kebendaan. Polis salah kerana tidak cekap dan tidak fokus kepada tugas yang sepatutnya. Banyak tenaga kepolisian kelihatan seperti ditumpukan kepada perkara yang hanya menjaga kepentingan tertentu. Dasar pendidikan gagal mengaplikasikan nilai-nilai moral dan ajaran Islam yang syumul sebagai budaya hidup rakyat. Pemimpin sentiasa membuat dasar yang ad-hoc mengikut kepentingan politik masing-masing. Kesimpulannya kita tidak berada di dalam keadaan yang sistematik dengan dasar-dasar kekal yang mantap tetapi dalam keadaan haru biru dan tidak berfokus.
Oleh yang demikian, penyelesaian masalah jenayah ini bukan merupakan penyelesaian secara ad-hoc dengan penggubalan 1001 satu undang-undang atau kejar tembak tangkap dan lock-up tetapi lebih kepada penyelesaian masalah manusia dan kemanusiaan yang bermoral dan berintegriti. Percayalah !

No comments: